Sunday, June 30, 2013

Rumah dimasuki pencuri.. Ini komen Khairy


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Rumah Menteri dimasuki pencuri disiang hari..

Laporan dari Bernama hanya menyebut  'Rumah Menteri kena rompak' tanpa menyebutkan nama siapakah Menteri yang dimaksudkan itu dan berapakah nilai kerugian yang dialaminya..

Ini laporan dari Bernama itu..

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Friday, June 28, 2013

Wartawan Utusan buat lawak depan DUN Pulau Pinang?


Biasanya protes atau demo akan dilakukan beramai-ramai, tapi wartawan dari Utusan ni demo sorang diri saja.. kesian aku tengok..

Ceh!! Tak ada muka lain dah ke dalam Wanita UMNO ni?


Betullah apa yang dikatakan beberapa pemimpin veteran UMNO.. dalam UMNO ni dah tak ada pemimpin pelapis dah, semua muka yang tua dan nak mamxxx.. kata mereka kepada aku dalam satu pertemuan..

PANAS!! 3 Penjuru di Kuala Besut.. PKR sedia ketengah calonnya..


Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding.

Thursday, June 27, 2013

Patutlah Sultan Johor murka, macam ni rupanya 'RIV' untuk Kor Gerak Khas yang berharga RM690,000 tu..

Tentu ramai yang masih ingat lagi diawal September 2012 yang lalu, baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim telah melahirkan rasa dukacitanya kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Dalam masa yang sama, Baginda Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas mempersoalkan perbezaan harga yang ketara antara Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dimiliki baginda dengan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas.

Harga bagi sebuah RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor kepada GGK adalah RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Kementerian Pertahanan.

Dakwat kekal yang tak kekal.. Dulu RM2.4 juta sekarang RM7.1 juta.. apa cerita ni?


Jika dahulu kerajaan Barian Nasional (BN) membazirkan wang rakyat sebanyak RM2.4 juta pembelian dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu yang akhirnya dilupuskan..

Ooo.. SPR prihatin kesihatan rakyat rupanya sebab itu guna pewarna makanan..


Antara risiko terhadap kesihatan rakyat jika kandungan silver nitrat didalam dakwat kekal yang tak kekal itu melebihi satu peratus, ianya akan mengakibatkan penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.

"Lu memang cibai !!".. Che'GuBard sila bantah secara profesional



Selasa lalu Che'GuBard telah update status di FaceBook milik peribadinya dengan satu komen yang boleh dikira amat pedas buat yang terasa..

Walaupun jumlah ADUN Terengganu seri, Mat Said akan kekal sebagai MB.. ini sebabnya..


Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Wednesday, June 26, 2013

Pengerusi SPR Kantoi lagi!!


Dalam isu penggunaan dakwat kekal yang tak kekal semasa PRU13 yang lalu, hari ini Pengerusi SPR telah disahkan menipu sambil cuba memperbodohkan rakyat mengenai kandungan kimia dalam dakwat berkenaan.

MP British nak ke Malaysia bincang isu penipuan pilihanraya?.. mesti kena halau punyalah..


Februari lalu Senator dari Australia, Nick Xenophon telah dihalang dan ditahan dari memasuki Malaysia kerana dikatakan menyibuk dalam hal rumah tangga Negara kita kata macai-macai UMNO.

Pilihan Raya Kecil pertama 2013.. Adun UMNO Terengganu meninggal dunia..


Mula-mula tadi berita ni aku baca di Kerabu Bersuara, tapi oleh kerana beliau tidak menyatakan sumbernya aku tak berapa yakin..

Kejamnya.. Manusia atau Syaitan bertopeng manusia bapa tiri budak ni?


Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Runtuh lagi.. kali ini di Putrajaya lah pulak..


Apa yang ditulis di Facebook Tengku Adnan Tengku Mansor tentang bumbung tangki air di apartment Presint 15 dan di apartment Presint 14 runtuh diterbangkan angin ini..

Tuesday, June 25, 2013

Gara-gara tiket perlawanan akhir Piala FA habis dijual, Penjual tiket dikejar hingga ketengah padang..


Malang betul nasib si penjual tiket ni.. gara-gara tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual mereka dikejar hingga ke tengah padang..


Ghani Othman memalukan UMNO Johor kata Syed Hamid Albar


Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketua Penerangan PAS Kelantan kata UMNO dalang penangkapan Husam?


Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum keempat belas (PRU-14).

Bodohnya alasan Ketua Menteri Melaka untuk tutup pasar Jonker Walk ni..


Kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron memberitahunya bahawa penutupan pasar Jonker Walk dibuat susulan aduan orang ramai yang merungut mengenai kesesakan lalut lintas.

Kesemua 32 yang ditahan dekat Parlimen dibebas 2.15 pagi tadi..


Kesemua 32 orang yang ditahan dalam perhimpunan berhampiran pintu masuk Parlimen semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Apa Salahnya Anwar Angkat Sumpah Dan Minum Semeja Dengan Najib?


Tindakan Anwar dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat sumpah di Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang beliau dan pakatan pembangkang yang diketuainya.

Monday, June 24, 2013

Tengok nih!! Nazri Aziz tunjuk isyarat '1Malaysia' yang baru ke ni?

Kurang pasti pula aku sipakah wartawan yang telah merakamkan gambar Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang baru ini..

Gambar dipercayai telah dirakamkan di kawasan merokok di Parlimen sempena dengan majlis mengangkat sumpah 222 anggota Parlimen yang memenangi kerusi masing-masing dalam PRU13 yang telah berlangsung pagi ini 24 June.

Ketika gambarnya dirakamkan pemimpin UMNO ini telah menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang sedang merakamkan gambarnya..

Ini sebabnya kenapa demo depan Parlimen menjadi kecoh...


Menurut Aduka Taruna, sebenarnya para aktivis yang berhimpun di hadapan Parlimen itu hanyalah mempertahankan diri sebelum menyerahkan diri kepada Polis lantaran mereka telah dilayan secara kasar tanpa sebab.

Husam Musa sudah dibebaskan..


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini.

Senarai nama 32 aktivis yang ditahan Polis


Berikut adalah senarai nama 32 aktivis yang telah ditahan oleh pihak Polis kerana dikatakan cuba merempuh halangan atau sekatan Polis untuk ke bangunan Parlimen pagi tadi..

Video Polis mula tangkap pendemo di hadapan Parlimen.. 26 telah ditahan..


Kumpulan yang mengadakan demo di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen sejak jam 10 pagi ini dilaporkan cuba melepasi sekatan Polis yang berkawal kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Demo dihadapan Parlimen.. depa tidur atas jalan pulak dah.. (Gambar dan Video)


Upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen.

Timbalan Pengerusi SPR tidak maafkan dunia akhirat orang yang cerca dan pijak gambarnya..


Antara kata-kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai tindakan peserta himpunan ‘Black 505’ yang mencerca serta memijak posternya dalam himpunan tersebut Sabtu lalu..

Sunday, June 23, 2013

Macai UMNO tuduh AMK punca Pegawai DBKL dipukul.. betul ke?

Menulislah seorang pencacai UMNO dalam Forum Kumpulan Menyokong UMNO atau MyKMU.Net ataupun lebih dikenali dengan MyKemut oleh forumer dari Tranungkite tentang insiden Pegawai DBKL dipukul dalam himpunan Black 505 baru-baru ini..

Husam direman 2 hari..


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa direman selama dua hari selepas ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Kuala Lumpur petang semalam. Majistret Nik Ambri Mohamad membuat keputusan itu pada permohonan reman dikemukakan polis di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini.

Peserta berkhemah diberi notis dua jam untuk kosongkan Padang Merbok


Kadang-kadang bila difikirkan pelik juga pihak berkuasa di Malaysia ni.. pengganas-pengganas dari Sulu yang lengkap bersenjata menceroboh dan berkampung di Sabah, tidak dihalau serta merta malah tindakan diplomasi digunakan terhadap mereka..

Jerebu: Kerajaan isytihar darurat di daerah Muar dan Ledang berkuatkuasa serta merta.


Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta.

Saturday, June 22, 2013

Jerebu: Patutlah Malaysia tak marah.. Sebab ni rupanya..


Berang dengan jerebu yang menyelubungi negara mereka hingga menyebabkan ada lapangan terbang yang terpaksa ditutup, Singapura telah menggesa Indonesia mengambil `tindakan muktamad’ untuk mengatasi perkara ini..

Video Pegawai DBKL Dipukul penyokong PR dalam perhimpunan 'Black 505' tersebar.. saksikan!!


Aku sokong himpunan ini diadakan.. tetapi aku tak sokong tindakan seorang penyokong Pakatan Rakyat yang memukul kepala seorang pegawai DBKL ini..

LIVE dari Padang Merbuk!!..Saksikan!!


Tepat jam 2.00 petang, 22 June 2013 para peserta himpunan Black 505 yang datangnya dari seluruh negara telah mula bergerak ke Padang Merbuk dari tujuh lokasi berhimpun yang telah ditetapkan..

PANAS!! Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir ke Padang Merbuk ..


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur telah dilaporkan turut hadir di Perhimpunan Black 505 di Padang Merbuk hari ini.

Gambar-gambar terkini sekitar Padang Merbok yang mula dibanjiri penyokong Pakatan Rakyat..


Bukan salah ejaan, tapi memang dinamakan 'Nasi Berani' bukannya 'Nasi Beriani' sempena himpunan Black 505..

Friday, June 21, 2013

Dulu Molotov Koktail.. sekarang dituduh akan provok Polis supaya huru hara pulak..


Ingat lagi gambar di atas?.. tentu korang masih ingat bagi yang tak ingat dan tak tahu gambar apa benda kat atas tu.. itu ialah Molotov Koktail..

Annuar Musa dakwa pegawai FAM bawa isteri ke Eropah 'pantau' Harimau Muda


Nak salahkan semuanya kepada Pegawai-pegawai dari FAM ini rasanya kurang sesuai dan tak patut sangatlah..

Sultan Melaka? dakwa gelaran 'Datuk' dijual dengan harga RM100,000


Seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesulatanan Melayu Melaka, Tuanku Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mahu istiadat pengurniaan darjah kebesaran dianjurkan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hisham untuk diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Kenyataan Naib Canselor UiTM dibidas bekas pelajar UiTM..


Cara beliau bercakap menggambarkan seolah-olah UiTM itu milik mak bapaknya bukan milik MARA kerana beliau mengatakan UiTM menyokong Barisan Nasional, sedangkan setahu aku ramai dalam UiTM itu sendiri menentang Barisan Nasional..

Polis masih tidak temui Inspektor Polis yang terlibat dalam kes kematian Dhamendran


Seorang lagi anggota polis yang seharusnya didakwa kerana kematian N. Dhamendran masih lagi tidak ditemui dan polis mengesyaki beliau masih berada dalam negara dan telah melancarkan misi mencarinya.

Rosmah Mansor kini Professor Kehormat Universiti Kazakhstan.. Tahniah leee..


Usaha Datin Seri Rosmah Mansor dalam membangunkan pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata Negara sekali lagi telah menerima pengiktirafan antarabangsa.

Thursday, June 20, 2013

Isu Pengkhianat PAS : Ini apa yang diucapkan oleh Dato Husam Musa sebenarnya.. (Video Inside)


Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sering dinasihatkan agar menyelidik dahulu sebelum mempercayai apa yang disiarkan oleh media-media yang ditunggangi oleh UMNO/BN.

Kuala Lumpur antara 10 Bandaraya paling bahaya dalam dunia.. Maklumat Palsu kata Polis


Kuala Lumpur adalah bandaraya keenam paling berbahaya di dunia, demikian apa yang dipaparkan dalam laman web 10awesome.com. yang entah siapa pemiliknya..

Pembangkang hipokrit kata dia ni..


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Keputusan tidak boleh berhimpun muktamad kata Polis


Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan  membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini Sabtu ini.

Wednesday, June 19, 2013

Isu Menara UMNO Pulau Pinang: Ini jawapan Anwar..


Kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Shaik Hussein Mydin mengenai Menara UMNO yang dibina sebelum mendapat kelulusan ini..

MOM tukar lokasi Larian Hari Olimpik dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok.. Konspirasi apa ni??


Konspirasi nak memburukkan Pakatan Rakyat lah ni.. sebelum ini Larian Hari Olimpik anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka tetapi tiba-tiba ditukar ke Padang Merbok tempat perhimpunan Black 505 akan diadakan..

Faizal Tahir digam Media Prima kerana menyokong Pakatan Rakyat?.. Fitnah macai UMNO rupanya..


Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad. Khabarnya penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga itu digam dek kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini.

Tempat berkumpul untuk demo ‘Black 505' Sabtu ini..


Pakatan Rakyat dan pemimpin NGO akan berkumpul di tujuh tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum bergerak ke Padang Merbok untuk acara perhimpunan ‘Black 505'.

Rosmah Mansor 'Wanita Paling Berkuasa di Malaysia' menurut Akhbar milik MCA..


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah dilaporkan turut serta dalam mesyuarat Kementerian Kewangan yang menyediakan belanjawan negara.

Tuesday, June 18, 2013

Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) akan sebabkan harga ubat naik 60 hingga 80%? Terimakasih lah BN..


Sempena menyambut Hari Raya, SPAD telah mengumumkan bahawa harga bagi tiket-tiket bas telah dibenarkan naik 10%.. baca di SINI, oleh itu bersamalah kita mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional itu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails