Tuesday, April 30, 2013

Dakwat kekal terbukti tak kekal tapi Pengerusi SPR kata Mustahil..


Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Pemuda BN mencabul dalam majlis Najib


Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.

Disebalik 1,200 Ahli PKRPermatang Pauh keluar PKR.. (Video Inside)


Ahad lalu kebanyakkan media yang dikawal oleh Barisan Nasional mengenai 1,200 Ahli PKR telah keluar PKR semalam dimana Utusan telah melaporkan "PKR Permatang Pauh goyang" manakalan Berita Harian pula telah melaporkan dengan tajuk "1,200 ahli PKR isytihar keluar parti, sokong BN".

Lebih dari 50,000 hadir di Han Chiang dan 10,000 di Permatang Pauh.. Gambar menjadi bukti..


Menurut pihak penganjur, padang Sekolah Han Chiang ini mempunyai kapasiti 60,000 orang, bagaimanapun selain padang yang dipenuhi jalan Air Itam dan lain-lain jalan yang mengelilingi padang tersebut turut dipenuhi.

Monday, April 29, 2013

Nak pertahan Kalimah Allah, tapi Calon BN Permatang Pauh tak tahu al-Quran buktikan Ahli Kitab yang kafir pun pakai kalimah Allah..


DATUK Dr Mazlan Ismail yang bertanding atas tiket Umno di Permatang Pauh berjanji nak pertahan kalimah Allah dengan meminta orang Islam di parlimen itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena PRU13 ini.

Gempar! Shahrir Samad pula bercakap dengan kerusi di Johor!!

Jika semalam telah disiarkan satu laporan beserta dengan beberapa keping gambar tentang insiden yang memalukan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perlis, ini pula satu insiden yang memalukan buat pemimpin UMNO di Johor..

Muhyiddin dalam satu lawatan kerjanya ke negeri Perlis pada 27 april 2013 lalu terpaksa bercakap kepada kerusi yang lebih banyak dari manusia dalam satu program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran BN Perlis..lihat di ( SINI )

Kepala Batas menanti masa untuk tumbang...


Tertekan dengan kempen calon PAS parlimen Kepala Batas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang semakin mendapat sambutan penduduk parlimen itu, papan tanda besar yang dipasang di persimpangan Lebuhraya PLUS di Bertam menjadi mangsa!

Sunday, April 28, 2013

1,000 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR?.. Dei Samy!!.. dah berapa kali lu keluar PKR ha?


Sebagaimana khabar angin yang tersebar semalam di Permatang Pauh, hari ini ianya menjadi kenyataan di mana telah dilaporkan kira-kira 1,000 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR..

Gempar!! Muhyiddin bercakap dengan kerusi di Perlis..


Biarpun yang hadir dalam majlis Barisan Nasional ini adalah Timbalan Presiden UMNO sendiri, tanpa kerahan kehadiran kakitangan awam dan juga pelajar.. Muhyiddin terpaksa bercakap dengan kerusi..

Ribuan di Program Mahathir di Putrajaya.. tapi puluhan ribu pula bersama Ustaz Azhar .. gambar sebagai bukti..

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi. 

Saturday, April 27, 2013

Tengok Poster ni.. Wanita UMNO letakkan Rosmah dan Sharizat sama taraf dengan Isteri Nabi?


Buta atau sememangnya bodoh macai UMNO yang merekabentuk poster untuk Rosmah dan Sharizai ini.. Wanita Islam yang mendedahkan aurat mereka diletakkan sama tarafnya dengan isteri Nabi-nabi..

PAS serah Kota Damansara kepada PKR.. tapi janganlah jadi macam di Sungai Acheh pulak...


Pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara selesai apabila PAS hari ini mengumumkan untuk menarik balik calon mereka, dan akan menyerahkan kerusi itu berdasarkan kepada status quo dan akan ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang akan menggunakan simbol PKR, kata Datuk Mustafa Ali.

Friday, April 26, 2013

Letupan di Nibong Tebal dijadikan modal politik BN untuk burukkan PR .. ini risalahnya..


Insiden letupan yang berlaku dilonggokan sampah dalam satu ceramah anjuran BN Pulau Pinang yang menyebabkan seorang Petugas Keselamatan cedera 'Teruk' (gambar atas) seperti yang didakwa oleh Calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal masih dalam siasatan Polis...

Filipina tembak mati 35 militan Sulu?.. Zahid Hamidi Kantoi...


Menurut Zahid Hamidi..  35 militan Sulu ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina ketika cuba memasuki perairan Sabah untuk mencetuskan masalah ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Najib menyerlahkan kebodohannya di Bagan Serai..


Gambar di atas ialah gambar dua buah helikopter milik Kerajaan Malaysia, yang berwarna putih itu ialah helikopter yang digunakan untuk menerbangkan VVIP negara bagi tugas-tugas rasmi mereka..

Timbalan KP Kastam ditembak mati.. tapi dulu Muhyiddin kata Malaysia negara paling selamat?


PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

Kecewa dengan Najib, MCA promosikan Pakatan Rakyat?


Sekali imbas, iklan-iklan pilihanraya yang dibayar oleh MCA untuk disiarkan dalam banyak akhbar harian edisi cetak kelihatan menyerang Pakatan Rakyat..

Kajian Umcedel menunjukkan Najib dan Manifesto BN ditolak majoriti Melayu


Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Thursday, April 25, 2013

Pemilik Blog Pro- UMNO Dr. MiM kemalangan di Slim River..


Pemilik atau pengendali Blog Dr. MiM, Dr. Novandri Hasan Basri dan seorang rakannya, Azlan Alidi laporkan telah mengalami kemalangan awal pagi tadi.

Bekas Duta AS dakwa Pakatan Rakyat mampu buat kejutan.


Bekas Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, John R Malott (gambar, dua dari kiri) mengakui pilihanraya umum ke-13 kali ini sebagai 'sangat sengit' dan terlalu terbuka.

Samseng UMNO tumbuk wartawan China Press di Pulau Pinang


Seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina ditumbuk di telinga ketika satu pergelutan tercetus antara sekumpulan lelaki yang memakai baju-T 1Malaysia dengan penyokong DAP di Pulau Pinang malam tadi.

Gara-gara benarkan Husam beri tazkirah.. Habis semua AJK Surau Abdul Rahman Auf dipecat?


Dato Paduka Hj Husam Bin Musa menulis... pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11.

Wednesday, April 24, 2013

Gambar Mahathir melanggar Akta Pilihanraya tersebar!!.. Saksikan!!


Sejak pihak risikan memaklumkan data menunjukan sokongan anggota TLDM di Lumut terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat , UMNO semakin gelisah..

Polis bagi amaran kepada Barisan Nasional ke ni?


Parti politik diingatkan supaya tidak melibatkan pekerja bukan warga negara untuk melakukan aktiviti berkaitan pilihan raya umum termasuk memasang bendera atau banting parti-parti politik.

Gambar Petugas cedera 'Teruk' dalam insiden letupan di ceramah BN Nibong Tebal tersebar!!.. Saksikan betapa parahnya dia...


Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Nibong Tebal malam tadi.

Gentar melihat ceramah Husam disambut luar biasa, Samseng UMNO halang perjalanannya kesana.. (Video Inside)


Menyedari Ceramah Umum yang buat julung kalinya di anjurkan oleh Pas Putrajaya di Presint 9, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, beberapa orang samseng UMNO melakukan provokasi terhadap Dato Husam Musa untuk menghalang beliau ketapak ceramah itu.

Tuesday, April 23, 2013

Jurukamera RTM mati selepas bertengkar dengan penyokong PAS.. Ini kisah sebenarnya...


Mula-mula baca dulu bagaimana BERNAMA cuba menonjolkan imej ganas penyokong PAS dalam insiden ini..

1MDB pindahkan RM7 Billion ke Caymans Island untuk apa wahai Najib?


Pemindahan secara sulit sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island ini perlukan jawapan dari Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak, kerana 1MDB dikawal sepenuhnya oleh beliau..

Akhbar Singapura dedahkan pemimpin UMNO jual tanah dengan harga rendah kepada Robert Kuok..


Isu yang sering diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam apa saja majlis atau ceramah yang dihadiri mereka ialah, Melayu akan terpinggir jika DAP diberikan kuasa..

Gara-gara namanya tak dicalonkan, Rais tibai Najib..


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.

Monday, April 22, 2013

Calon Pilihan Najib kena 'Booo' di Pasar Seberang Jaya..


Tiga calon telah disahkan bertanding bagi Kerusi DUN Seberang Jaya (N10) pada pilihanraya umum ke 13 ini.

Aku sangka 22.. rupa-rupanya 61 Pemimpin UMNO tanding Bebas.. ini senarai nama mereka..


Aku sangkakan hanya 22 Ahli UMNO yang bertanding sebagai Calon Bebas.. tetapi sangkaan aku meleset rupanya..

Perebutan kerusi antara PKR dan PAS berakhir.. dan masalah inipun bermula..


PAS mencadangkan agar parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

Lagi hasil kaji selidik menunjukkan Manifesto BN ditolak rakyat..


10 April 2013 yang lalu Sinar Harian OnLine telah mengadakan satu kaji selidik untuk mendapatkan pandangan pembacanya tentang manifesto PR dan BN untuk PRU13 ini.

Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat - Najib


Inilah pemimpin UMNO yang paling terdesak untuk kekal berkuasa dalam sejarah negara kita ini.. kerana mahu menunjukkan kepada rakyat beliau seorang pemimpin Melayu  beragama Islam yang baik.. Sembahyangnya pun mahu ditunjukkan keseluruh negara..

Sunday, April 21, 2013

22 Orang Pemimpin UMNO isytihar keluar UMNO..


Menjelang pilihanraya umum ke 13 pada 5 Mei ini, begitu ramai pemimpin Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri, ini menunjukkan bahawa kepimpinan Najib Razak sangat lemah dan ramai yang bertindak keluar parti sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS.

Muhyiddin Kantoi menipu 1Malaysia...


Tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali.

Senarai Nama Calon - Calon KEADILAN Seluruh Malaysia


KEADILAN akan bertanding 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Punca Sebenar Dato' Kamalia Ibrahim Tanding Calon Bebas Terbongkar


Bekas naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim hari ini mendedahkan kenapa dia sanggup menjadi calon Bebas untuk bertanding walaupun tahu dia bakal dipecat dari parti.

Pertindihan Calon: Ini pesanan (amaran) dari seorang penyokong Pakatan Rakyat


Isu pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon semalam menjadi buah mulut ramai penyokong-penyokong PKR dan juga PAS di kebanyakkan bilik gerakan pilihanraya semalam.

Saturday, April 20, 2013

Kamalia buktikan dirinya lebih berani dari kebanyakkan pemimpin lelaki UMNO..


Tindakan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas membuktikan bahawa beliau sendiri adalah jauh lebih berani dari lain-lain pemimpin UMNO yang tidak dicalonkan.

Friday, April 19, 2013

Menjelang PRU13.. Keadilan daily tumbang diserang DDOS..

Seperti biasa bila pilihanraya menjelang tiba, portal-portal on-line yang memihak kepada Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini, Keadilandaily, Harakahdaily serta Tranungkite On-Line pasti menjadi sasaran serangan DDOS..

Lokasi berkumpul penyokong Papa Gomo dan Penyokong Pakatan Rakyat Permatang Pauh untuk Penamaan Calon esok!


Sempena dengan hari Penamaan Calon untuk PRU13 ini bagi Parlimen Permatang Pauh (P044) lokasi yang telah ditetapkan ialah Institut Kemahiran Belia Negara, Jalan Berapit (IKBN), 14000 Bukit Mertajam, Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat tetapkan Chegu Bard bertanding di Sungai Acheh.


Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.

Thursday, April 18, 2013

Patutlah Najib perli Husam..


Tak pasal-pasal dalam pertemuannya dengan Kakitangan Kerajaan di Putrajaya hari ini, Najib menyelar calon PAS bagi kerusi parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa yang merayu undi di sini sejak pencalonannya diumumkan minggu lepas.

Naib Ketua Wanita UMNO pula memberontak!!.. beri kata dua kepada Najib..


Antara kata-kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim..“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

PANAS!! Dua lagi pemimpin BN Pulau Pinang akan tanding Bebas dan 70% Bilik Gerakan UMNO lumpuh..


Berikutan dengan rasa tidak puas hati dengan tiga pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang yang tidak tersebarai sebagai calon dalam PRU13 ini Gelombang Biru yang dilancarkan oleh Muhyiddin awal Februari lalu telah bertukar menjadi gelombang Haru biru..

BN akan kalah di Selangor oleh kerana Zul Noordin kata pemimpin MIC


Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.

Wednesday, April 17, 2013

Najib bertambah pening.. MCA boikot kempen BN..


MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Video Pemberontakan Pemimpin-pemimpin UMNO Tasek Gelugor kini tersebar!! Saksikan!!


Merasakan dirinya telah diperbodohkan dan dipermainkan oleh teman-teman seperjuangannya sendiri dalam UMNO, Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah mengistiharkan dirinya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini..

PANAS!! Pemberontakan tercetus di Tasek Gelugor: Pemimpin - pemimpin UMNO umum bertanding Bebas..


Bekas ahli parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengumumkan malam tadi beliau akan bertanding di kerusi tersebut walaupun Barisan Nasional (BN) telah memilih calon lain untuk pilihan raya 5 Mei.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails