Tuesday, December 31, 2013

Sibuk nak kutuk PR, Akhirnya Noh Omar dimalukan penyokongnya sendiri..


Penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos hidup di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini dicabar supaya mengemukakan tuntutan mereka terlebih dahulu kepada kerajaan pakatan pembangkang Selangor.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, cabaran itu dibuat memandangkan kerajaan negeri tidak berusaha dan memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat untuk mengurangkan kos hidup rakyat khususnya di Lembah Klang.

"Sebaliknya kerajaan negeri lebih cenderung menaikkan gaji Menteri Besar, Exco dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) secara mendadak antara 87 hingga 373 peratus selain menaikkan yuran lesen perniagaan PBT antara 350 hingga 400 peratus. Semua kenaikan itu dijangka dilaksanakan mulai tahun depan.

"Justeru, saya fikir pihak penganjur perhimpunan itu sepatutnya mengadakan bantahan atau protes mereka kepada Kerajaan Negeri Selangor dan mendesak supaya cukai PBT diturunkan selain melaksanakan janji pilihan raya sebelum ini yang kononnya mahu mengurangkan bebanan hidup rakyat," katanya.

Sebelum ini, portal berita Malaysiakini.com menyiarkan laporan mengenai penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) memutuskan untuk mengadakan perhimpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Memetik kenyataan Pengerusi TURUN, Azan Safar, laporan protal berita itu menyatakan keputusan penganjur perhimpunan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama di antara Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Noh berkata, pihak penganjur perhimpunan itu juga perlu menuntut kerajaan negeri supaya meningkatkan lagi pemberian air percuma melebihi daripada 20 meter padu selain memperbanyakkan pembinaan perumahan mampu milik untuk rakyat.

"Mengenai GST, pembangkang akan putar belit apa sahaja langkah yang dilakukan kerajaan untuk rakyat. Sebelum ini pun apabila kerajaan bina Jambatan Pulau Pinang; lebuh raya; KLIA (Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur) dan Putrajaya, pembangkang putar belit dengan memberikan pelbagai gambaran negatif.

"Akhirnya pembinaan itu mendapat penerimaan baik dan memberi kesan positif kepada rakyat sehingga ke hari ini," katanya.

Itu kata Noh Omar yang sibuk mempertahankan kegagalan Najib dalam mengurustadbir ekonomi negara hingga menyebabkan defisit negara melonjak dan harga minyak serta tarif elektrik terpaksa dinaikkan untuk mengurangkan defisit..

Tapi.. tiba-tiba satu rombongan dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang dilaporkan hendak menyerahkan memorandum bantahan kepada Najib.


Memorandum bantahan itu berkaitan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.. yang Noh Omar pertikaikan kat atas tu...


Ceh! macam ayam bapak pulak si Noh Omar ni.. nyaring berkokok tapi ekor penuh najis... tak payah nak sibuk cabar orang... betulkan dulu anak buah sendiri tu...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails