Tuesday, December 24, 2013

Perhimpunan haram boleh sebabkan kerugian RM50Juta...


Setiap kali penyokong PR nak adakan perhimpunan keluarlah berbagai-bagai berita yang negatif yang dikaitkan dengan himpunan itu..

Dalam berita kat bawah ni Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Leboh Ampang kata peniaga sekitar Dataran Merdeka dijangka mengalami kerugian sehingga RM50Juta.

Sebab apa rugi tak dinyatakan pula..

Mungkin kerana mereka menutup perniagaan mereka pada hari tersebut..

Persoalannya disini kenapa mereka perlu menutup perniagaan mereka? sedangkan hari tersebut dijangka ramai yang hadir ke Dataran Merdeka..

Peluang ini sepatutnya digunakan oleh mereka dengan sebaik-baiknya.. kerana BERSIH 3.0 yang lalu membuktikan tanpa provokasi tidak berlaku huru hara..

Dan setiap kedai yang dibuka untungnya berlipat kali ganda..

Kenapa nak ditutup perniagaan pada hari itu?.. Takut kepada bayang-bayang ke?

Peniaga sekitar Dataran Merdeka, menggesa penganjur perhimpunan haram yang merancang kegiatan di situ pada Selasa depan, membatalkan usaha terbabit kerana menyebabkan mereka kerugian sehingga RM50 juta setiap kali diadakan. 
Antara perhimpunan haram yang pernah menjejaskan perniagaan mereka di kawasan berkenaan termasuk adalah Bersih; KL112 dan Himpunan Hijau. 
Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Leboh Ampang, Abdul Rasull Abdul Razak, berkata perhimpunan haram banyak mendatangkan masalah bukan setakat kepada peniaga, malah rakyat negara ini. 
Katanya, perhimpunan haram 31 Disember ini tidak seharusnya diteruskan kerana melumpuhkan sektor ekonomi negara dalam situasi meraikan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014. 
Kerugian lebih besar  
Kami pernah rugi sehingga RM200 juta ekoran siri perhimpunan haram yang berlangsung sebelum ini. Kami bimbang perhimpunan kali ini menyebabkan kerugian lebih besar. 
“Setiap kali perhimpunan haram berlangsung, banyak jalan utama sekitar kawasan ini dan pusat bandar raya ditutup, situasi itu menyusahkan kami dan pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam ~ Berita Harian

Sudah-sudahlah dengan cerita bodoh tu...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails