Monday, December 30, 2013

Najib potong 10 peratus elaun keraian Menteri dan Timbalan.. potong elaun keraian saje?


Dengan bangganya macai-macai mencanangkan inilah Perdana Menteri yang prihatin akan keperitan hidup rakyat dalam menghadapi kenaikkan harga barang yang menggila akibat dari kenaikkan tarif elektrik dan harga minyak.

Kononnya Najib membuktikan kepada rakyat beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana sanggup memotong sehingga 10% elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri..

Sekali dengar macam banyak saja 10% tu... tapi hakikatnya celah gigi saja tu.. langsung Menteri dan Timbalan Menteri tu tak perasan kalau 10% hilang dari poket mereka sekalipun...

Lagipun elaun keraian ini ialah elaun yang dituntut jika telah mengeluarkan belanja keraian..

Masa Zaman Pak Lah dulu Utusan pernah dedahkan elaun keraian bulanan bagi Perdana Menteri ialah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri RM15,015, Menteri RM12,320 dan Timbalan Menteri RM6,000.

Kenapa tak dipotong juga elaun pemandu peribadi, elaun perjalanan, elaun telefon, elaun makanan dan lain-lain elaun yang merupakan tuntutan tetap Menteri dan Timbalan Menteri tu?

Bagaimanapun aku sokong tindakan Najib ini sebab ianya kelihatan menyusahkan hidup Pegawai Kerajaan dari Gred JUSA yang majoritinya telah menyusahkan hidup kakitangan kerajaan yang menyokong PR sebelum PRU lalu... 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.
Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - Bernama

Tapi... potonglah sebanyak mana sekalipun elaun Menteri dan Timbalan Menteri tu... Harga barang tetap juga akan naik dan hidup rakyat semakin tersepit.

Sepatutnya langkah yang kononnya dianggap sebagai penjimatan oleh Najib ini dilaksanakan sebelum hutang negara melonjak... laksanakannya dulu sebelum beban akibat kegagalan menguruskan ekonomi negara oleh Najib sendiri diletakkan kebahu rakyat sepenuhnya...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails