Tuesday, December 31, 2013

Jangan kacau bini Najib pesan Presiden Senaman Punggung kepada Rafizi


Kesian aku tengok Presiden Senaman Punggung ni.. bersungguh-sungguh dia mempertahankan Rosmah..

Mungkin kerana tidak dilantik kesebarang jawatan dalam GLC lagi agaknya sebab itulah dia terpaksa menunjukkan sayang tak berbelah bagi kepada Rosmah..

Lagipun orang lain yang dah cium tangan Rosmah dah diserapkan kedalam GLC dia sorang saja yang belum dapat apa-apa lagi..

Bodeklah sampai mampus... maka tak hairanlah dengan macam ni punya mentaliti angkat dia prebet sampai kepencen...

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli diingatkan supaya tidak lagi mengganggu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur dengan menabur fitnah yang tidak berasas.

Presiden Pertubuhan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, Rafizi sering memfitnah Rosmah dengan isu cincin RM24juta, kapal terbang mewah, dan kini kondominium anaknya berharga RM110 juta di Amerika Syarikat.

“Saya dan rakan-rakan NGO kecewa dengan Rafizi yang dianggap terlalu kurang ajar kacau isteri Najib.

“Kenapa selalu nak kacau bini orang? Pergi jaga bini sendirilah,” katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Katanya, dakwaan Rafizi itu dilihat kurang cerdik seolah-olah mahu menunjukkan beliau ‘hero’ dengan mengaibkan Rosmah.

Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) datang ke Dataran Merdeka esok sebagai simbol menyokong polis dan kerajaan daripada digulingkan demonstran.

“Kita seru semua NGO yang sah berdaftar dibawah kerajaan termasuk Ayahanda datang penuhkan Dataran Merdeka dan hayati sambutan Tahun Baru,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media NGO penyokong Kuat Aspirasi Najib (Pekan), dan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) ~ Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails