Sunday, December 29, 2013

Dituduh sebagai dalang: SAMM dan Jingga 13 akan saman Polis


Polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Empat pertubuhan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan senjata.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya telah mengenal pasti kumpulan tersebut berdasarkan hasil maklumat dan risikan.

"Justeru polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang akan menggugat ketenteraman awam pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam.

Rentetan dari itu  laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13 terhadap tuduhan tidak berasas yang dianggap sebagai fitnah itu, dan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut akan disaman dalam tempoh yang terdekat.

Bagaimanapun sekumpulan individu dari PERKASA yang dibiayai oleh Kerajaan dilaporkan telah cuba menghalang laporan Polis itu.


Selain Jingga 13, SAMM yang turut difitnah sebagai dalang untuk menggulingkan kerajaan pada tahun baru ini turut mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau atau berhadapan saman RM100Juta.

SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100j
SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.

“…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

“…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya.

Semalam, memetik laporan berita polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka akan membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka,31 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya ~ Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails