Tuesday, December 24, 2013

Barang Naik kalau bukan salah UMNO, salah Anwar Ibrahim ke Isa Samad?


Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.

Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.

“Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga tidak boleh turun…kos hidup (tidak boleh turun)…jadi jangan terlalu emosional.

“Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah Umno sebagai tunjang kerajaan akan disalahkan berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup lapor Free Malaysia Today

Jangan salahkan UMNO katanya.. habis tu nak salahkan Anwar Ibrahim?

 Siapa yang mentadbir negara ini hingga defisit melonjak kalau bukan pemimpin-pemimpin UMNO?

1. Najib Razak - Perdana Menteri, Menteri Kewangan - Presiden Umno.
2. Muhyiddin Yasin - TPM, Menteri Pendidikan - Timbalan Presiden Umno.
3. Ahmad Maslan - Kementerian Kewangan - Ketua Penerangan Umno.
4. Isa Samad - Pengerusi Felda - Bapaklah Umnonya.
5. Kebanyakan anggota kabinet - Tunggul kayu - Ahli Umno ada yang Ketua Bahagian Umno lagi.
6. Katanya parti utama dalam kerajaan Barisan Nasional - Umno ! Ke MIC? Hah MCA?
7. Yang beria-ria berkempen dalam PRU 13 suruh pangkah BN bagi mengekalkan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan kos hidup rakyat hari ini - pemimpin Umno pebagai peringkat.
8. Yang mengundi BN/Umno dalam PRU 13 - ramainya pakcik/makcik kampung dan Felda yang warna kulit mereka pun warna Umno!
9. Lapan tawaran Pakatan Rakyat ditolak oleh Umno dan pengundi yang 'diperbodohkan' oleh Umno kerana konon dasar pengurusan Umno kini terbaik,

Umno tak salah lagi? Umno tak salah lagi ke?

Alasan kerana ekonomi dunia tidak menentu maka kos hidup rakyat terpaksa ditingkatkan adalah fakta soheh akan betapa salah dan silapnya Umno melayani rakyat!

Kalau tak nak Umno dipersalahkan, semua yang disebut kat atas tu letak jawatan!

Sudahlah Isa...! Kos hidup rakyat meningkat bukan salah Umno konon! Menyampah aku atau dia ni bodoh jugak macam Ahmad Maslan kot? ~ Marhaen

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails