Monday, November 25, 2013

Tahniah Najib dan Barisan Nasional!!.. Hutang negara meningkat lagi..


Pada tahun 2012 hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat itu iaitu pada paras 55%.

Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan ketika itu (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang.

Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.

Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen dan di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

Pada tahun itu juga laporan berita daripada Channel News Asia bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia”.

Antaranya ialah seperti:

1.Standards and Poors
2.Moody’s Investors Service

Kedua-dua agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa “RATINGS” bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada : “Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )”

Ini semuanya berpunca daripada HUTANG NEGARA yang pada masa itu sudah mula mencecah kepada paras 54% daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).

Tetapi, persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut diturunkan?

Sekiranya ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang, antara implikasinya ialah :

■Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk

■Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh dan kita boleh mengalami kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan “KECAIRAN” dalam SISTEM KEWANGAN di Bank-Bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar faedah pinjaman di Bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga

■Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai TEKNOLOG TINGGI yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain

Tapi segala perkara itu seolah-olah dipandang sepi oleh Najib dan juga Barisan Nasional dan ianya telah menyebabkan hutang negara meningkat lagi...

Hutang meningkat pada 53.6% berbanding KDNK 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengumumkan kadar hutang negara meningkat kepada 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Oktober tahun ini. 
Menurutnya, hutang negara kini berjumlah RM529.6 bilion, satu angka yang disifatkannya sebagai masih lagi dalam keadaan terkawal. 
Jun lalu, hutang negara adalah sebanyak RM519 bilion, satu jumlah yang mewakili nisbah sebanyak 53 peratus daripada KDNK, umum kerajaan di Parlimen pada masa itu ~ Malaysiakini

Tahniah buat Najib dan Barisan Nasional!!.. sebab bijak menguruskan ekonomi negara...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails