Tuesday, November 26, 2013

Patutlah Ibrahim Ali tak jadi Pemandu Teksi... dah dapat habuan rupanya..


Patutlah hasratnya untuk menjadi Pemandu Teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupannya setelah kalah dalam PRU13 lalu dilupakanya begitu saja.. dah dapat habuan rupanya dia..

Ingat lagi tak suatu masa dulu, setelah merasakan dirinya dah tak langsung dipandang oleh Najib, Ibrahim Ali merajuk... kononnya nak jadi Pemandu Teksi sepenuh masa..

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupan beliau.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai status beliau selepas pilihan raya umum ke-13. Veteran politik itu kalah kepada calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

“Saya akan bersama Perkasa sepenuhnya sebagai presiden akan tetapi saya juga perlu menyara kehidupan saya. Saya mungkin akan memohan permit teksi. Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang ‘simple’ – sederhana,” tegas Presiden Perkasa.

Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau didalam dunia politik Ibrahim berkata dia masih di dalam politik kerana Perkasa adalah satu badan NGO yang politikal.

Selain itu, Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya kecil Kuala Besut di Terengganu. “Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini”

Dua tiga bulan berlalu... tiba-tiba Ibrahim Ali dah tak menyerang Najib lagi dan tak pula menjadi Pemandu Teksi..

Rupa-rupanya dah dapat habuan.. patutlah diam saja dia..

Ibrahim Ali telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM...

UiTM

Dah kenyang.. diamlah dia...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails