Friday, November 29, 2013

Kalahpun dibayar Gaji?.. Patutlah depa berebut nak jadi Calon...


Bila Menteri Besar Selangor mengumumkan apa yang telah dipersetujui dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor 27 November meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan... riuh rendah 1Malaysia mempersoalkannya..

Macai-macai dan juga pemimpin-pemimpin UMNO menggunakan isu ini sebaik mungkin untuk menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Mereka mempersoalkan kewajaran kenaikkan gaji tersebut jika dibandingkan dengan pembangunan yang telah dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat selama memerintah Selangor.

Ada pemimpin mereka yang berkata sebarang kenaikan gaji dan elaun perlu ada kewajarannya. Kita perlu fikirkan rakyat terlebih dulu.. kononnya..

Tetapi dalam masa yang sama mereka takut untuk mempersoalkan apakah pula kewajaran Taib Mahmud menaikkan gajinya dan para Menterinya jauh lebih tinggi sedangkan Sarawak tidak banyak yang berubah?

Lebih menarik dalam hal ini bilamana ada juga pemimpin PR yang pada awalnya bersetuju dengan kenaikkan ini, tiba-tiba pula membantah.

Sedangkan bantahan sepatutnya beliau lakukan ketika Sidang DUN.. bukannya sidang Media..

Baca ni...

SHAH ALAM 27 Nov. - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

Rang Undang- undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan Exco kerajaan negeri.

Gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; Speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat adalah pada 2011.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat Exco pada 22 November lalu bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya. 

Kenapa nak bantah dalam Sidang Media agaknya sedangkan dalam Sidang DUN boleh dibantah?..Bagaimanapun...

Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kedua-dua Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung kenaikan tersebut, dan Dewan telah bersetuju perkara itu akan dilaksanakan.

"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

Malah, Abdul Khalid menegaskan, sebelum perbahasan berkenaan perkara itu dilakukan, beliau telah memaklumkan kenaikan gaji itu hanya akan dilakukan dengan persetujuan Adun PR dan BN.

"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.

"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya.

Aku sokong sepenuhnya kenyataan MB Selangor tu.. Kalau tak setuju, boleh derma kepada sesiapa saja..

Ambil saja jangan bising riuh rendah.. jumlah kenaikkan yang tak dipersetujui itu dermalah kepada sesiapa saja yang sepatutnya..

Jangan pulak bising kononnya tak setuju tapi akhirnya sapu...

Dalam hal ini.. aku tak berapa nampak kenapa kenaikkan gaji MB dan ADUN PR Selangor ini menjadi isu yang besar meskipun kenaikkannya memanglah besar..

Kerana bagi aku mereka telah berkhidmat dengan baik buat rakyat Selangor dan majoriti rakyat Selangor menghargainya, buktinya ialah peningkatan Kerusi DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Lagi satu... bagi aku jika mereka sanggup untuk menerima kenaikkan gaji mencecah 3 kali ganda itu.. mereka juga sepatutnya sanggup untuk meningkatkan produktiviti mereka 3 kali ganda juga..

Janganlah pulak gaji nak banyak tapi kerja malas.. contohnya masa PRU13 dulu biar hujan mahupun lecah semuanya sanggup diredah tapi bila menang nak nampak muka pun susah..

Masa kempen dulu, sampai pukul 2 atau 3 pagi pun masih sanggup menjenguk kesusahan rakyat, bila menang baru pukul 11.00 malam pun dah nak nak balik tidur.

Jangan nak jadikan kesibukan kerja itu sebagai alasan.. rakyat tak paksa korang jadi YB.. tapi korang yang nak sangat jadi YB.. lagipun masa kempen hari tu rasanya lagi sibuk dari sekarang..

Bagi aku yang menerima gaji untuk berkhidmat untuk rakyat itu bukanlah satu isu yang besar.. kerana yang sepatutnya kita persoalkan ialah kenapa yang tidak nampak apa sumbangannya kepada rakyat di bayar gaji oleh Kerajaan Barisan Nasional?


Gaji Ahli Parlimen ialah RM6508.59. Calon BN yang kalah dalam PRU dan dilantik sebagai Penyelaras Parlimen pula dibayar RM5680.. bezanya cuma RM828 saja..

Apa kerja depa buat?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails