Wednesday, November 13, 2013

210,000 Siswazah kini menganggur.. Nak salahkan siapa?


Bila pendidikan ditransformasikan menjadi satu perniagaan, inilah hasilnya.. dalam perniagaan pengeluaran yang tinggi itu penting demi mengekalkan keuntungan..

Tapi bila pendidikan juga hanya mengejar keuntungan tanpa mempedulikan atau mengambil langkah menyerap pengeluaran itu dengan menyediakan peluang pekerjaan, maka negara kini dilambakkan dengan lebih dari 200,000 graduan yang tidak punya pekerjaan..

Yang pasti samaada graduan-graduan ini punya pekerjaan atau tidak, Kroni-kroni yang menguasai PTPTN dan yang menguasai IPTS. tetap mengaut keuntungan..

56 peratus penganggur ialah siswazah 

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus).

"Pada masa ini, kementerian mengumpulkan data berhubung graduan menganggur melalui portal JobsMalaysia dan portal ini juga berperanan memadankan pencari kerja dengan kekosongan jawatan yang diiklankan," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman, PKR-Nibong Tebal (Gambar) berhubung jumlah penganggur di negara ini dalam sidang Dewan Rakyat ~ Lidah Rasmi UMNO

Kerja tak ada tapi hutang PTPTN tetap kena bayar... Itulah bila PR buat tawaran untuk hapuskan PTPTN sebelum PRU dulu tak nak terima... sekarang?

Lebih malang lagi meskipun terdapat 375,401 orang penggangur dalam negara, Kerajaan BN masih meneruskan pengambilan warga asing sebagai pekerja dinegara ini..

Pengambilan pekerja asing tetap diteruskan meskpun kini terdapat sekurang-kurangnya 4 Juta orang, kerana ianya menyumbang sekurang-kurangnya RM2Billion setahun menerusi levi atau cukai.

Dimana pekerja asing perlu membayar cukai antara RM34.16 dan RM154.16 sebulan..

Pandai sebenarnya Kerajaan BN ni cari duit.. tapi tiris tu banyak sangat..

Nak salahkan kerajaan sepenuhnya dalam hal ini tak patutlah juga sebabnya dalam kajian pada 2011, syarikat pencarian kerja online Asia Tenggara Jobstreet mendapati 64 peratus majikan menolak graduan kerana mereka meminta gaji yang tidak munasabah ketika temuduga.

Manakala 60 peratus lagi majikan berkata mereka menolak graduan kerana sikap buruk, disamping personaliti dan karekter..

Jadi.. buat para siswazah yang menganggur tu.. belajarlah dari bawah.. tak salah rasanya.. lagipun dalam dunia yang bergerak pantas ini pengalaman menjadi lebih berharga dari segulung Ijazah...

Ni pengalaman aku untuk dikongsi bersama semua... Dulu aku pernah diarahkan oleh CEO tempat aku bekerja untuk menemuduga beberapa orang calon bagi jawatan Jurutera.

Ada lebih kurang lapan calon semuanya, Anak Melayu, Anak Cina dan Anak India semuanya ada.. tapi aku tak pandangpun pada bangsa sebab kami berpegang pada 'Tak kira warna apa kucing itu.. asalkan boleh menangkap ikan kami terima...

Habis saja temduga semua calon itu.. aku termenung.. sebabnya aku tertanya-tanya apa budak-budak ni belajar?.. asas engineering pun screw up!

Semenjak hari itu.. bila diarahkan untuk menemuduga lagi... aku akan cipta berbagai alasan untuk mengelak, sebabnya aku tak tahu apa yang Siswazah sekarang belajar..

Itulah yang negara hasilkan bila Pendidikan dijadikan perniagaan... high output, less quality..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails