Monday, October 28, 2013

Utusan dapat dari mana cerita ni?


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini menepis dakwaan wujudnya pergolakan dalaman parti apabila berita mengatakan beliau ingin mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Azmin juga mempersoalkan sumber isu berkenaan.

"Kalau (Tan Sri Abdul) Khalid (Ibrahim) nafikan, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) nafikan, jadi berita ini tidak benar," kata Azmin ketika bertemu pemberita di lobi Parlimen, Kuala Lumpur.

Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, sebaliknya menegaskan kemelut seperti yang didakwa tidak wujud dan pihaknya masih boleh berbincang dengan Abdul Khalid dalam urusan negeri seperti biasa.

"Cuma yang kita usahakan sekarang ialah peranan ahli DUN dan Parlimen PR Selangor harus dimanfaatkan. Maka saya mengambil peluang mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan MB baru-baru ini yang mengambil masa hampir 4 jam.

"Kita membincangkan soal pembangunan negeri berdasarkan memorandum yang dihantarkan. Jadi perjalanan perbincangan cukup baik," katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi Parlimen sebelum itu menegaskan beliau adalah individu pertama yang akan mengetahui sekiranya wujud cubaan mengambil alih jawatan Menter Besar Selangor.

"Anehnya kalau dia (Azmin) hendak ambil alih, takkan saya tidak tahu, yang tahu Utusan, dan Utusan yang paling prihatin tentang masalah ini," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

"Memang sesetengah orang prihatin dalam masalah teguran ini dan saya nampak.”

Abdul Khalid sebelum ini menafikan khabar angin bahawa Azmin akan mengambil alih jawatannya kelak.

Katanya, tidak timbul isu sedemikan dan sekiranya berlaku ia merupakan perkara biasa dalam politik.

"Tidak mengapa, ia perkara biasa dan berlaku negara lain juga seperti di Australia mereka juga menggantikan presiden baru," katanya kepada media di Pusat Konvesyen Setia Alam, Selangor.

Desas-desus mengenai penggantian Azmin timbul kerana segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Abdul Khalid.

Malah Abdul Khalid juga pernah dikritik oleh Anwar apabila membandingkan pentadbirannya dengan Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng.

~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails