Monday, October 28, 2013

Nak hidup lama jangan makan gula kata Menteri


Biasanya bagi menghalalkan tindakan mereka dan dalam masa yang sama untuk meredakan kemarahan rakyat sambil cuba memperbodohkan rakyat, setiap kenaikkan harga barangan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional akan dilakukan perbandingan dengan negara luar.

Tak kiralah samada perbandingan itu dilakukan secara adil atau tidak, rakyat akan cuba diperbodohkan oleh mereka dengan mengatakan bahawa harga barangan yang dinaikkan itu adalah lebih rendah dari negara luar.

Tetapi berlainan pula dengan pemotongan subsidi sebanyak 34 sen yang menyebabkan harga gula naik lagi 34 sen dalam masa tak sampai lima tahun setelah gula dimonopoli oleh kroni UMNO..

Harganya tidak dibandingkan dengan harga gula diluar negara tetapi dikaitkan dengan faktor kesihatan..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

Beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis ~ Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pula tanpa memikirkan apakah perasaan kaum keluarga Allahyarham Ustaz Azizan mengaitakan kematian Allahyarham dengan gula untuk mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen itu.

Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak..


Dan Menteri Kesihatan pula mendakwa kita akan hidup lebih lama tanpa pengambilan gula...

KUALA LUMPUR - Walaupun bunyinya agak klise dan mungkin mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, tetapi itulah hakikatnya.

Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama," katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini.

Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula.

Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri.

"(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab," katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu.

Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini.

Dalam hujahnya Subramaniam berkata, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula katanya adalah satu perkara wajar di mana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Harapan kita ialah dengan kenaikan harga ini yang dulu beli gula 1 kilogram sekarang beli setengah kilogram, yang dulu pakai satu sudu sekarang pakai setengah sudu atau langsung tak ada macam saya," ujarnya.

Malah ujar menteri ini lagi, manusia boleh hidup tanpa gula.

"Penyakit kencing manis disebabkan gula, tetapi kita sebagai seorang manusia tak perlu makan gula, kalau tak makan gula, kita mungkin akan hidup lebih lama, jadi oleh itu, daripada asalnya subsidi yang diberikan adalah secara berbudaya iaitu di dalam kaum Melayu ke Cina ke India, kuih kek sudah jadi budaya," katanya.

"... saya tahu gula sahaja bukan punca diabetes, diabetes ada dalam keturunan, cara hidup, perkara ini menyumbang kepada perkara itu, tetapi kalau seseorang itu telah mendapat penyakit kencing manis atau dari segi kesihatan keseluruhannya, mana-mana doktor pun akan bagi nasihat kurangkan makan gula.

"Itu nasihat yang diterima sebagai 'basic medical advise'," jelasnya ~ Sinar Harian

Lepas ni agaknya alasan apa pula yang akan kita dengar??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails