Tuesday, October 29, 2013

Ibrahim Ali yakin PAS kalah teruk di DUN Sungai Limau..


Perkasa yakin PAS akan kalah dalam PRK Sungai Limau pada 4 November ini kerana orang Melayu makin meluat dengan politik PAS.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, faktor utama PAS akan kelah kerana orang Melayu makin meluat dengan politik PAS.

Katanya, Islam hancur dalam perjuangan polirik PAS. “PAS berdolak-dalik dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera,” katanya kepada 

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas menambah PAS betul-betul menjadi terompah DAP.

Ibrahim mendakwa politik PAS mengejar habuan dunia dan Islam dijadikan perkakas. “Faktor kedua PAS akan kalah kerana pengundi luar DUN Sungai Limau tidak akan balik mengundi,” dakwanya.

Katanya, tidak memberi apa-apa makna jika mereka balik mengundi. “Jika mereka balik, undi PAS dan PAS menang, tidak ada apa-apa untung kerana ia tidak merubah kerajaan negeri yang dikuasai BN dan kawasan kekal mnudur,” tegasnya.

Beliau meramalkan pengundi luar tidak akan balik kerana buang masa untuk mengundi PAS yang tidak beri apa-apa faedah.

Katanya,maka BN akan menang di DUN Sungai Limau. “Pada pendapat saya, inilah yang sepatutnya berlaku,” kata beliau.

Tambahnya lagi PAS perlu disuntik untuk sembuh dari penyakit kronik politik ~ Free Malaysia Today

..... Kah.. kah.. kah.. main belasah ikut suka dia saja.. fakta langsung tak ada.. nasib baiklah ada Ibrahim Ali dalam politik Malaysia ni, kalau tidak seriuslah kita sepanjang masa..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails