Sunday, October 27, 2013

Jamil Khir Doakan BN Kalah di Sungai Limau?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa bapanya Baharom Ramli mahu PAS menang dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

Katanya, bapanya tidak menyatakan sedemikian dan hanya mengaminkan doa ketika kunjungan Mahfuz dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat, ke rumah tersebut di Kampung Sedaka, Kedah.

Jamil Khir mendakwa, tindakan pemimpin parti terbabit tidak mengikut adab kerana membaca doa untuk PAS semasa menziarah.

"Itu Mahfuz yang kata, tak ada pun Haji Baharom sebut begitu," katanya yang menyifatkan dakwaan PAS sebagai “mainan politik yang sangat rendah”.

Menurutnya, tindakan PAS itu menyebabkan bapanya, 77, yang lumpuh akibat serangan angin ahmar sejak tiga tahun lalu kini dalam keadaan tertekan.

"Bapa saya pun ada sebut dia tertekan dari sudut moral. Bila orang ziarah orang baca doa, dia pun tak tahu apa orang itu hendak sebut dia tolong aminkan saja.

"Bila begitu dia (PAS) kata bapa saya baca doa (untuk PAS) pula... Ada ke pergi rumah orang pi bagi kenyataan media di pintu rumah orang. Adab pun dah tak betul," katanya lagi.

Ditanya lanjut, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai keanggotaan bapanya dalam PAS dan hanya menyatakan bahawa ia satu dakwaan Mahfuz.

Harakahdaily pada hari Jumaat lalu melaporkan kenyataan Mahfuz bahawa Baharom, mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu ~ Malaysiakini

..... Yang betulnya akupun tak faham kenapa perkara mengaminkan doa bapa Jamil Khir ini dijadikan modal kempen..

Anaknya ahli politik tapi bapanya walaupun seorang ahli PAS beliau bukanlah seorang ahli politik, jadi janganlah heret dia sama dalam kempen ni, biarlah dia.

Lagipun bapanya pun tak setuju dengan tindakan mempolitikkan 'mengaminkan doa' tu..

Ini sebahagian dari kata-katanya... Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.

Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

“Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Laporan sepenuhnya sila baca di ( SINI ) kalau malas nak baca lihat video di bawah ni..


Kita janganlah gunakan ayah Jamil Khir tu..kita gunakan Jamil Khir sendiri pula...

Agaknya doa Jamil Khir ini ditujukan kepada siapa?.. Siapa yang mengotakan janji dan siapa pula yang memungkiri janji??


Yang jelas mungkir janji ialah Barisan Nasional sendiri.. sebelum PRU13.. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan BR1M akan ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

Tetapi dalam pembentangan bajetnya baru-baru ini, Presiden UMNO sendiri iaitu Datuk Seri Najib Razak mengumumkan menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 daripada RM500 kepada RM650 bukannya RM1000.

Adakah Jamil Khir mendoakan agar BN kalah dalam PRK Sungai Limau ini??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails