Wednesday, October 30, 2013

Hairie Othman Tidak Mahu Terlibat Dalam Aktiviti Pakatan Rakyat Lagi... Siapa dah tipu dia?


'Habis manis sepah dibuang.. 'atau 'Dulu tak cukup.. sekarang tak habis..' itulah pepatah yang sesuai digunakan dalam hal ini..

Sebelum PRU13 Mei lalu beliau diusung kehulu kehilir dengan penuh perasaan megah oleh segelintir pihak dalam Pakatan Rakyat hinggakan nak didekatipun susah..

Dijulang dengan megah kerana dikatakan berani berhijrah keluar dari lubuk maksiat untuk bersama memperjuangkan Islam.. malangnya setelah PRU13 beliau dipinggirkan begitu sahaja..

Jika suatu masa dulu Amy Search.. sekarang nampaknya Hairie pula yang akan menjauhkan diri dari sebarang aktiviti Pakatan Rakyat...

Persamaannya dalam hal ini ialah kedua-duanya merasakan diri mereka telah tertipu dengan janji-janji manis yang ditabur oleh segelintir pemimpin Pakatan Rakyat..

Ditipu oleh segelintir manusia hipokrit yang berselindung disebalik kepiah putih dan jubah putih..berbahasa menggunakan 'Ana' dan 'Anta'.. tapi sebenarnya perangai macam haram jadah!

Dalam persamaan itu masih ada perbezaan.. dimana Amy telah ditipu oleh individu yang rapat dengan pimpinan manakala Hairie merasakan dirinya ditipu, ditipu dengan janji-janji manis ataupun kena kencing oleh Pakatan Rakyat.

Buat masa ini aku tak berapa pasti apa yang telah dijanjikan kepada Hairie.. hingga menyebabkan beliau kecewa dengan Pakatan Rakyat..

Bagaimanapun aku hormat Amy Search yang telah menyertai UMNO itu..

Kerana walaupun beliau diserang habis-habisan oleh kebanyakkan Blog Pro PR setelah mengumumkan menyertai UMNO, namun beliau tidak menyerang balas dengan mendedahkan siapa individu dari PR itu yang telah menipu dia dan berapa banyak dia dah ditipu...

Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya ~ mStar

Kalau betullah ada projek yang telah dijanjikan kepada Hairie.. pesan aku buat Hairie..

"Hang jangan haraplah janji itu akan tertunai Bro..  sebab kalau ada projekpun depa tak akan lepaskan kat hang.. sebab sifat tamak haloba yang ada dalam diri depa tu lebih teruk dari orang-orang UMNO!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails