Wednesday, September 25, 2013

Ustaz Azizan dilaporkan kritikal..


Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius.

Beliau yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang bulan lepas terpaksa diberi bantuan kecemasan pukul 3 pagi Rabu.

Menurut Ketua Penerangan Pas Kedah yang juga bekas setiausaha politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor, jantung Azizan kembali stabil selepas dua kali diberi bantuan.

"Bagaimanapun keadaan Azizan kembali kritikal. Saya mengajak seluruh ahli Pas Kedah membuat solat hajat, bacaan Yasin dan berdoa memohon kepada Allah swt agar Azizan kembali sihat," katanya semasa dihubungi Rabu.

Menurut Muhammad Sanusi keadaan kesihatan Azizan telah dimaklumkan kepada pemimpin Pas pusat. 

Azizan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang Mei lepas kerana komplikasi akibat kencing manis dan kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut. - BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails