Friday, September 27, 2013

RM71.9 Juta ni hilang kemana?.. Dah masuk poket kroni ke?


"Persoalannya ialah, mengapa kos projek naik RM71.9 juta walaupun tiada lagi sebarang kerja yang besar dilaksanakan sejak diumumkan pada 2011,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam...

DAP hari ini mendakwa bahawa kerajaan membazirkan wang rakyat sebanyak RM71.9 juta menerusi projek satelit RazakSat-2 kerana tiada sebarang kerja dilaksanakan sejak ia diumumkan pada 2011 lalu.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, mempersoalkan ke mana wang yang diperuntukkan itu digunakan kerana kerajaan masih belum lagi melantik pihak yang bertanggunjawab untuk menjalankan projek tersebut.

"Saya terkejut mendapati kos RazakSat-2 meningkat kepada RM271.9 juta pada ketika ini. Apabila projek tersebut diumumkan pada 2011, ianya bernilai RM200 juta dan angka itu sudah lebih 40 peratus peningkatan daripada kos RazakSat-1.

"Persoalannya ialah, mengapa kos projek naik RM71.9 juta walaupun tiada lagi sebarang kerja yang besar dilaksanakan sejak diumumkan pada 2011,” katanya.

Chee berkata, Putrajaya masih belum melantik pihak untuk menjalankan projek tersebut selepas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah menjawab di Parlimen memberitahu bahawa kerajaan "masih lagi di peringkat pemilihan rakan teknologi untuk bekerjasama dengan Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB)”.

Putrajaya juga mengumumkan projek tersebut hanya akan beroperasi pada 2016, kelewatan setahun sejak ia dirasmikan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

"Namun, melihat kepada status projek pada masa kini, amat diragui sama ada RazakSat-2 akan beroperasi walaupun menjelang 2016," kata Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY itu lagi.

Chee juga tidak menolak kemungkinan projek RazakSat-2 ini akan gagal sama, seperti projek terdahulu iaitu RazakSat-1 yang dilancarkan gagal berfungsi selepas setahun ia dilancarkan.

"Kelewatan projek ini seakan-akan seperti projek RazakSat-1 yang akhirnya gagal dan membawa kerugian sebanyak RM142 wang rakyat. Keadaan sama bakal berulang," katanya.

Pada 9 September 2011, media melaporkan Dr Maximus mengumumkan kelulusan peruntukan siling RM200 juta khusus bagi meningkatkan program pembangunan satelit negara, dengan menggerakkan program lima tahun RazakSAT-2.

Beliau berkata, RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancarkan pada 14 Julai 2009 dan skop teknologi pembangunan RazakSAt-2 adalah untuk menaik taraf keupayaan sistem terutama daripada segi perisian dan peralatan satelit.

Satelit penderiaan jauh pertama negara, RazakSAT dilancarkan di Kwajalein Atoll, Republik Marshall Islands menerusi sistem pengangkut pelancar, Falcon 1 yang dikendalikan Space Explortion Technologies Amerika (SpaceX).

RazakSAT membawa kamera resolusi tinggi yang merakam imej dari angkasa untuk pelbagai aplikasi seperti pertanian tepat, memeta lanskap, pencegahan bencana, rancangan rangkaian jalan dan bandar, yang memberi manfaat kepada Malaysia dan negara lain di sekitar garisan Khatulistiwa.

~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails