Thursday, September 26, 2013

Harga RON95 dijangka dinaikkan lagi.. Terima Kasihlah BN..


Selain dari membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, langkah menaikkan harga RON95 ini juga adalah perlu demi keselamatan rakyat.

Harga petrol yang mahal ini akan menyebabkan rakyat mengurangkan penggunaan kenderaan mereka oleh itu dalam masa yang sama kadar kematian akibat kemalangan jalan raya juga akan berkurangan. 

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi Kerajaan.

Selain itu sebagai membuktikan bahawa Kerajaan sedia ada mementingkan rakyat, cukai kenderaan juga perlu dikaji semula kerana didapati cukai yang sedia ada masih membolehkan rakyat Malaysia memiliki kenderaan..

Cukai yang lebih tinggi perlu dikenakan bagi mengurangkan jumlah pemilikan kenderaan dan dalam masa yang sama ianya akan membantu mengurangkan kematian akibat kemalangan jalanraya..

Kat atas tu alasan bodoh yang aku cadangkan untuk Menteri-menteri UMNO guna bila nak naikkan harga minyak..

Berikut adalah laporan RON95 dijangka naik lagi..

PDAM: Potongan Lanjut Subsidi Bahan Api Akan Kurangkan Penyeludupan 
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 pada jangka masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara. 
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM) Datuk Hashim Othman. 
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama. 
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand. 
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya. 
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu. 
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80. 
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. 
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

Bodoh punya Najib.. hutang pandai.. nak kurangkan hutang menyusahkan rakyat pula..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails