Thursday, September 26, 2013

Al-Fatihah!! Ustaz Azizan kembali kerahmatullah..


Al-Fatihah!!.. Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi.

Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.

"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Semalam media melaporkan keadaan Allahyarham yang kritikal susulan masalah jantung yang serius. 

Allahyarham dilaporkan mengalami masalah jantung dengan denyutan berhenti sebanyak dua kali. Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali stabil selepas diberikan bantuan kecemasan, semalam. 

Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik.

Allahyarham yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu, selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Lapor Sinar Harian... sementara itu sumber dari PAS Kedah pula.. baca kat bawah ni..

Bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan telah dilaporkan kembali kerahmatullah pada jam 11.10 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah.

Jenazah kini berada di Kompleks PAS Pokok Sena, akan disolatkan selepas waktu Asar di kompleks tersebut dan dikebumikan di Muasasah Darul Ulum...

Semoga Roh nya dtempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.... Amin..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails