Thursday, August 29, 2013

Tengok nih!! Tahun 1969 dah ada CCTV la di Tanah Melayu.. hebatnya filem Tanda Putera ni...


Sebelum korang baca berapa ribukah jumlah penonton yang telah datang untuk menonton tayangannya hari ini, tengok dulu gambar di atas..

Itu adalah gambar dari dua babak yang berbeza dalam filem kebanggaan pemimpin-pemimpin UMNO dan macai-macainya..



Soalannya ialah adakah pada tahun 1969 telah ada CCTV?.. dan adakah pada tahun itu juga Daihatsu telah mengeksport keluarannya ke Tanah Melayu?

Berbalik kepada tajuk.. setelah dipromosikan bagai nak rak.. ramai ni saja yang datang pada hari pertama tayangannya..

Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik 12 penonton.

Tinjauan  mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Mereka bagaimanapun melihat filem kisah hidup Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua itu tidak membawa sebarang mesej perkauman, sebaliknya segala dakwaan rasis dan perkauman dalam jalan cerita filem itu adalah untuk menunjukkan latar belakang dan jalan cerita.

"Saya melihat tiada isu perkauman, saya tidak nampak jalan cerita menyentuh isu perkauman, ia hanya menunjukkan jalan cerita, lagipun ia adalah fakta sejarah sebenarnya," kata Mohd Razif Ahmad Fuad, 30, seorang penjawat awam ketika ditemui.

Filem berkenaan sebelum ini menerima kritikan keras pelbagai pihak termasuk DAP yang mendakwa fakta berkenaan insiden 13 Mei dalam filem itu diseleweng, termasuk babak "kencing di tiang bendera."

Babak berkenaan bagaimanapun masih dipaparkan dalam filem itu. Hanim Azira, 29, bagaimanapun menegaskan filem berkenaan adalah hasil yang baik menunjukkan bagaimana tokoh negara akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan negara.

"Ia filem yang bagus. Menunjukkan tokoh sanggup lakukan apa sahaja demi negara," katanya yang bekerja sebagai broker.

Rakan Hanim, Zaidi Sidek, 33, juga melihat filem itu tidak menimbulkan isu perkauman sebaliknya lebih menjurus kepada semangat patriotik.

Kedua-dua mereka turut mengakui mengambil cuti semata-mata untuk menonton Tanda Putera.

Isu dan kontroversi yang menyelubungi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu juga berjaya menarik penonton apabila seorang remaja mengakui menonton filem berkenaan selepas kontroversi itu dipaparkan media.

"Saya tonton kerana dengar kontroversi dan selepas menontonnya saya berpendapat tiada isu rasis, tetapi ia bergantung kepada penerimaan penonton," katanya yang enggan dikenali ~ The Malaysian Insider

Kah.. kah.. kah... kesian...

Tapi yang ruginya ialah kita.. sebabnya filem dikeluarkan d kos RM4.8 juta dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).

Duit kita yang bayar cukai ni laa...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails