Thursday, August 29, 2013

Tanda Putera: Pulau Pinang Nasihat.. Bukannya Larang..


Tak faham betul aku.. kerana sebuah filem cereka arahan Shuhaimi Baba ni riuh rendah 1Malaysia dari semalam lagi..

Semuanya bermula bilamana Guan Eng telah dilaporkan menasihati pawagam-pawagam di Pulau Pinang supaya tidak menayangkan filem cereka itu sebabnya ianya telah menggunakan dana dari Kerajaan untuk menimbulkan kebencian antara kaum.

Rentetan dari itu Menteri Penerangan dan Komunikasi tiba-tiba menjadi jurucakap penerbit filem itu sebagaimana Pengerusi SPAD menjadi jurucakap kepada Syarikat bas yang jatuh gaung di Genting baru-baru ini.

Dengan penuh emosi setelah tidak dapat membezakan antara 'Nasihat' dan 'Larangan' beliau berkata "Kerajaan negeri harus faham mereka tiada hak untuk menghalang filem berkenaan ditayangkan di Pulau Pinang dan pihak kementerian akan mengkaji agar perkara itu tidak berlaku,".

Ahmad Shabery Cheek juga telah menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit. 

Menurutnya lagi "Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang berhak menghalang penayangan sesebuah filem seperti terdapat adegan ganas, lucah dan perkara yang tidak mengikut piawaian.

Dengan bodohnya beliau turut berkata "Kerajaan Pulau Pinang mengamalkan budaya tapisan yang melampau dan dikhuatiri usaha sebegini akan bertambah tenat apabila mungkin suatu hari nanti lagu Negaraku juga akan diharamkan di Pulau Pinang.

Pada sebelah malamnya pula muncul Pengarah filem itu dengan kenyataan yang lagaknya sebagai seorang Menteri memberi amaran jika pengusaha pawagam di Pulau Pinang tidak menayangkan filem cereka itu, mereka mungkin berdepan lesen mereka dibatalkan.

“Sebagaimana yang kita maklum, tayangan akan berlangsung seperti yang ditetapkan dalam Skim Wajib Tayang Finas.

“Lim Guan Eng tidak wajar memberi arahan kepada pengusaha pawagam untuk tidak menayangkan Tanda Putera kerana saya adalah seorang pembikin filem dan bukannya ahli politik untuk dilepaskan dendam.

“Saranan Lim tidak masuk akal sebagai seorang ketua menteri kerana beliau belum lagi menonton filem itu namun telah menggunakan kuasa tanpa usul periksa. Ini satu perbuatan yang memalukan. Lim seharusnya mencari lawan yang sepadan dengannya, bukan pembikin filem,” katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.

Punca kepada kekecohan ini ialah kedua-dua mereka di atas gagal memahami dan membezakan apa itu 'Larangan' dan apa itu 'Nasihat'...

Kalau faham takkan jadi macam ni...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mengeluarkan Nasihat, Bukan Larangan   
Kerajaan NegeriPulau Pinang mengeluarkan nasihat, bukan larangan dan tiada tindakan akan diambil ke atas mana mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem“Tanda Putera”. Sepertimana nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan rakya yang melawat negara-negara yang bahaya,nasihat ini dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk menekankan kepada orang umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan asional dan kaum di negara ini. 
Sepertimana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut,tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat Kerajaan Negeri.
Demi  menyangkal  fitnah  oleh  media  kawalan  BN,  Kerajaan  Negeri  Pulau  Pinang  mengulangi  bahawa  tidak  ada  sesiapa akan dihalang daripada menonton  filem ini di Pulau Pinang. Kedua-dua pihak berkuasa  tempatan iaitu Majlis  Perbandaran  Pulau  Pinang  dan Majlis  Perbandaran Seberang  Perai  tidak  akan  menghukum  pengendali  panggung  wayang  di  Pulau  Pinang  kerana  menayangkan  filem  tersebut.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana  filem ini  telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan  fitnah  dan  menggalakkan  kebencian  dalam  kalangan  masyarakat  Malaysia  yang  berbilang  bangsa.

“Tanda Putera” telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan  Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). Pembiayaan  oleh  Kerajaan  Persekutuan  ini  boleh  dilihat  sebagai  suatu  pengesahan  rasmi  filem  tersebut,  termasuk  babak-babak  di  mana  pengarah  sendiri  telah  mengakui  adalah  tidak  benar  dan  sebenarnya  dibuat  dengan  menggunakan  “lesen  kreatif”. 
Lesen  kreatif  ini  tidak membolehkan  penyebaran  fitnah  yang  boleh  mengancam  keharmonian  dan  mencetuskan konflik. Ini menimbulkan  soalan  sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Kerajaan  Negeri  Pulau  Pinang  bimbang  bahawa  pemomokan  minoriti  dalam  filem  ini  akan  membawa  kepada  pencabulan  hak  mereka  dan  juga  mana-mana  rakyat  Malaysia  yang menyokong  hak  asasi  manusia  untuk  semua. 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya mampu memberi nasihat ini sebagai kompas moral dan tanda bantahan terhadap filem yang menggalakkan provokasi sentimen perkauman dan kebencian kaum. 
Kami percaya dengan sesungguhnya bahawa kebencian terhadap mana-mana golongan kaum adalah umpama kebencian terhadap kemanusiaan sendiri, kerana kita semua sebenarnya satu kaum-kaum manusia.
Mari kita tunjukkan bahawa Malaysia berupaya untuk menjadi terbaik tanpa mengira kaum atau agama. 
Lim Guan Eng 
*Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.8.2013*

Yang menegaskan filem Tanda Putera ini adalah cereka...

Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengatakan filem arahannya yang akan menemui penonton di pawagam pada 29 Ogos ini adalah filem cereka dan bukannya filem dokumentari sejarah. 
Katanya, semua pihak harus faham filemnya itu merupakan satu interpretasi yang diperolehi dari pelbagai pandangan. 
"Saya sudah sunting sedikit adegan (kencing di tiang bendera). Ada perkataan yang telah saya keluarkan. Adegan itu dilakonkan atas pandangan mereka yang berada di tempat kejadian,” katanya. 
“Sukar bagi saya untuk membuang babak yang dikatakan sensitif dalam filem itu. Jika mahu ikut pendapat semua pihak maka 20 minit pertama banyak memaparkan insiden 13 Mei sudah tiada. Maka saya harus pertahankan karya saya,” tambah beliau. 
"Insiden itu memang berlaku tetapi tiada pihak yang dapat pastikan siapa individu berkenaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kerana sebuah filem cerekapun nak kecoh...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails