Tuesday, August 27, 2013

Menteri ni Wakil Rakyat Afrika ke atau keturunan Afrika?


Bila bercakap tanpa menyelidik dulu inilah jadinya.. Nak tunjuk pandai tapi yang terserlah ialah kebodohannya sendiri..

Walaupun beliau seorang Menteri beliau gagal membezakan antara 'Sewa' dan juga 'Beli'..  malah gagal memahami masaalah-masaalah yang ditimbulkan oleh warga Afrika yang tinggal disebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya.

Sepatutnya sebagai seorang yang dipilih oleh rakyat Malaysia beliau perlu meletakkan kepentingan rakyat Malaysia melebihi kepentingan rakyat Afrika, bercakap membela rakyat Malaysia bukannya membela rakyat Afrika.

Jika beliau rajin membaca mungkin beliau akan sedar akan masaalah-masaalah yang telah ditimbulkan oleh warga-warga Afrika yang masuk kenegara ini menggunakan visa pelajar tetapi sebenarnya bukanlah pelajar.

Oleh kerana malas membaca barangkali, beliau tidak tahu apa masaalah yang telah ditimbulkan oleh warga Afrika ini..

Beliau mungkin sedar bahawa warga Afrika yang dipertahankannya ini suatu masa lalu pernah mengistiharkan perang terhadap pihak Polis.. laporannya dan video sila lihat di ( SINI )

Selain dari permasaalahan sosial yang diakibatkan oleh warga Afrika ini.. kerana sikap tidak bertamaddun mereka telah menyebabkan nilai hartanah merosot.

Contohnya ialah di Venus Hill condo di Batu 9, Cheras harganya kini hanya lebihkurang RM200K sahaja kerana majoriti penyewanya adalah warga Afrika yang sering membuat bising dan mengotorkan persekitaran menyebabkan rakyat Malaysia sendiri khuatir akan keselamatan mereka untuk tinggal disana.

Menteri: Larang warga Afrika menyewa perbuatan 'gila'  
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya yang dilaporkan mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika merupakan satu perbuatan "gila".  
Tambahnya, ia akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia.  
"Anda tidak boleh nafikan sesiapa untuk membeli hartanah berdasarkan kaum. Ia gila dan tidak betul.

"Jika anda mahu kata sesetengah penyewa bermasalah, jangan kaitkannya dengan latar belakang kaum mereka," katanya.  
Menurutnya, urusniaga pembelian rumah juga perlu ditangani secara satu persatu dan bukannya dikelaskan berdasarkan latar belakang kaum atau negara asal mereka.  
"Menuduh setiap orang Afrika itu pembawa masalah, itu sangat tidak adil," katanya lagi.  
Beliau ditanya mengenai laporan Malay Mail Online semalam berhubung keputusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondomonium tersebut yang memberi notis tiga bulan kepada penyewa warga Afrika untuk mengosongkan unit masing-masing ~ Malaysiakini

Adakah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berketurunan Afrika? atau beliau merupakan antara individu yang punya kepentingan dalam urusan membawa masuk warga Afrika ini?

Lagipun ikut suka pemilik rumah la nak sewakan atau tak nak sewakan rumah mereka tu.. yang Abdul Rahman Dahlan ni sibuk nak membela warga Afrika tu apahal?

Rasanya kalau puak-puak kanibal sekalipun yang menyewa kondo itu, selagi mereka tahu menghormati masyarakat, mereka tak jadikan kawasan perumahan itu seperti kampung halaman mereka, tak menggangu gugat keharmonian.. tak ada siapapun yang akan marah..

Ini tidak.. datang tempat orang langsung tak tahu hormat penduduk asal.. eloklah dihalaupun..

Apa kata warga Afrika yang diusir tu.. pakat-pakat pi berkampung keliling rumah Menteri tu..

Buka aku sorang yang kata Menteri ni gila.. ramai lagi.. sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails