Friday, August 30, 2013

Ketua Wira Perkasa tak sedar diri!!.. Perkasa ada apa? soal Khairy..


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebagai tidak ‘berpijak di bumi nyata’.

“Presiden anda (Ibrahim Ali) pun sudah kalah dalam pilihan raya lepas tu perasan nak minta Perdana Menteri letak jawatan.

“Anda perlu tahu kedudukan anda dulu. Apa Pemuda Perkasa ini?” katanya ketika ditemui pemberita di majlis Jamuan Raya Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara di sini hari ini.

Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya ketua sayap kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

“Saya rasa dia patut letak jawatan dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan? “Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa,” soalnya.

Irwan Fahmi dalam entri blognya “Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan.” berkata kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Beliau berkata slogan 1 Malaysia yang dibawa Najib gagal mendapat sokongan kaum Cina, malah menganggap Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang kononnya membantu rakyat sebenarnya adalah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan.

“Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal,” katanya Ahad lalu ~ Free Malaysia Today


Lagi apa yang Ketua Wira Perkasa tu kutuk Najib sila baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails