Monday, July 8, 2013

Video Janji Najib Tentang Akta Hasutan Yang Zahid Hamidi Wajib Tonton..


Pada 6 Julai lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan oleh Bernama telah menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga...saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu."

Apa tujuan Zahid sebenarnya?..

Perkara ini telah diumumkan oleh Najib sendiri sebelum PRU13 lalu sebagai telah dimansuhkan.. tiba-tiba pula Zahid Hamidi menegaskan ianya akan dipinda bukan dimansuhkan?

Adakah Zahid Hamidi cuba memperlihatkan kepada umum bahawa janji yang telah dibuat oleh Najib Tun Razak ini hanyalah satu lagi pembohongan untuk meraih undi daripada rakyat?

Adakah Zahid juga meletakkan dirinya bersama Ahmad Maslan yang baru-baru ini telah mendedahkan pembohongan Najib yang kononnya bantuan BR1M boleh bertahan selama satu tahun?.. sila lihat di SINI tentang perkara itu..

Atau Zahid sedang cuba menimbulkan persepsi bahawa Najib memang seorang pembohong maka dengan itu beliau tidak layak dikekalkan sebagai Presiden UMNO?

Saksikan pengumuman Najib ini..


Berikut adalah Komen Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai perkara ini..

Sekalipun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau bercanggah pendapat dengan Perdana Menteri dalam isu Akta Hasutan, Menteri Dalam Negeri itu perlu mengakui kesilapan atau meletak jawatan.

"Alasan Ahmad Zahid tidak dapat diterima. Datuk Seri Najib Razak mesti komited untuk memansuh akta itu dengan mengarahkan Zahir mengakui kesilapan dan menyokong pemansuhan.

"Atau Zahid patut letak jawatan dari Kabinet," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada kenyataan media, hari ini.

Katanya, keengganan Ahmad Zahid bukan sahaja bercanggah dengan janji Najib tetapi menunjukkan beliau mengkhianati slogan pilihan raya Barisan Nasional (BN) iaitu 'Janji Ditepati' .

Julai tahun lalu, Najib selepas memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat, membuat pengumuman bahawa akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

Jika BN gagal melaksanakannya, Lim meminta Najib memberi penerangan kepada rakyat alasan BN mungkir janji, mengkhianati pengundi dengan tidak menepati janji memansuh Akta Hasutan.

Lim juga menolak dakwaan Zahid betapa pemansuhan akta itu bermakna tiada undang-undang yang mengawal kesalahan seperti menghasut, fitnah, tuduhan liar atau kutukan.

"Ini tidak masuk akal kerana peruntukan jenayah itu ada dalam Kanun Keseksaan, selain membuat saman sivil," katanya, menambah Akta Hasutan disalah guna terhadap pemimpin pembangkang.

Berdasarkan pengalamannya, Lim berkata: "Jelas, Zahid cuba mengekalkan undang-undang menindas untuk diguna pakai terhadap pemimpin pembangkang."

Mengenai Ordinan Darurat, beliau berkata Zahid tidak wajar menyamakan kenaikan kadar jenayah terutama jenayah jalanan dengan pemansuhan ordinan itu.

Malah, Lim menyifatkan kenaikan kadar jenayah disebabkan kegagalan penguatkuasaan dan keberkesanan anggota polis menjalankan tugas.

"Jabatan Siasatan Jenayah (CID) hanya sembilan peratus dari keseluruhan pasukan polis. Malah, bilangan polis Cawangan khas (SB) hampir sama dengan anggota CID," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 41 peratus anggota polis terbabit dalam tugas pengurusan manakala 31 peratus berperanan dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

Malah, Lim berkata, kebanyakan kakitangan polis dibahagi kepada tugas yang tidak berkaitan dalam pencegahan jenayah termasuk dijadikan senjata politik untuk 'mengurus' pemimpin pembangkang ~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails