Tuesday, July 2, 2013

UpTown Bandar Perda: Kalau tak tahu tanya.. jangan dok buat cerita..


Dengan digantungnya empat kain rentang oleh pihak MPSP yang melarang sebarang aktiviti perniagaan di tapak yang tidak digazetkan pada 20 June lalu disekitar kawasan UpTown Bandar Perda, ianya dijadikan cerita oleh Blogger-blogger UMNO khususnya di Pulau Pinang ini.

Tanpa usul periksa mereka mula menimbulkan kebencian peniaga-peniaga Melayu terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang..

Kononnya kawasan perniagaan yang didominasi oleh peniaga-peniaga Melayu ini telah diarahkan tutup buat selama-lamanya dan sekaligus Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dituduh menafikan hak peniaga-peniaga Melayu..

Antaranya ialah Blog kat bawah ni..


Malah ada juga blogger pro UMNO yang cuba mengaitkan isu UpTown Bandar Perda ini dengan apa yang berlaku di Jonker Street, Melaka.

Dan mendakwa beginilah nasib peniaga-peniaga Melayu di bawah negeri yang ditadbir oleh DAP..


Ini apa yang ditulisnya..

ISU PEMBUKAAN JALAN KEPADA UMUM DI JONKER WALK MENJADI ISU BESAR BUAT DAP & PKR YANG BEGITU KUAT MENGHENTAM KERAJAAN BN MELAKA KONONNYA IA MENUTUP SALAH SATU KAWASAN PELANCONGAN ..

TAPI PEMIMPIN PKR DAN DAP DIAM MEMBISU BILA PENIAGA MELAYU UPTOWN BANDAR PERDA DIZALIMI KERAJAAN DAP . HABIS BARANGAN PENIAGA DIRAMPAS OLEH MPSP .

 APAKAH KERANA DI UPTOWN BANDAR PERDA INI PENIAGA MELAYU & DI JONKER WALK ITU CINABENG ??

INI LAH NASIB PENIAGA MELAYU BILA DIPERINTAH PAKATAN YANG KONONNYA BERJUANGA DEMI RAKYAT ... PEMBOHONG !!
Adakah benar apa yang didakwa oleh macai-macai UMNO itu?.. berikut adalah penjelasan dari Ahli Majlis MPSP mengenai perkara ini..

Pada awal perniagaan dikawasan ini bermula iaitu pada hujung tahun 2003 ianya telah dimulakan oleh peniaga bunddle secara kecil-kecilan di atas tapak rumput dan sekitar tapak parking dan tiada penganjur.

Dari tahun 2004 hingga ke tahun 2007 peniaga makanan mula beroperasi dengan sekitar 23 orang peniaga pada hari-hari biasa dan jumlah peniaga pada malam minggu mencecah ke 35 orang peniaga.

Apabila PR berkuasa pada tahun 2008,kehadiran pengunjung dan peniaga makin ramai dan pd tahun tersebut operasi di bulan ramadhan mengamit seramai 55 peniaga beroperasi di dpn Nasmir.

2009 pihak MPSP memberi kebenaran kpd peniaga beroperasi secara sah dan lokasi tersebut di sesuaikan dengan keadaan dengan sedikit perubahan yang melibatkan kawasan landskap.

Jumlah peniaga yang dibenarkan dan didaftarkan pada tahun 2010 ialah seramai 75 peniaga yg sah di uptown bandar perda,mereka beroperasi dengan aman dan mematuhi segala syarat yg MPSP tetapkan bersama di bawah pengurusan JKKK Permatang Rawa dan Simpang Empat.

Tiada penguatkuasaan oleh MPSP selama 2 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga April 2013 terhadap kira-kira 150 orang peniaga yg berada di lokasi yg tidak sah.

Oleh kerana terdapat banyak bantahan dari komuniti premis dan pelangan yang berurusan di kawasan tersebut maka pada Jun 2013 pihak MPSP telah melaksanakan tindakan bersepadu antara Jabatan
Perlesenan, Kesihatan dan Diraktorat.

Matlamatnya adalah penyusunan semula tempat berniaga bagi mengawal kebersihan serta mencari penyelesaian bagi mengatasi batahan pemilik-pemilik premis kedai yang harus diutamakan kerena mereka ini adalah pembayar cukai.

Selewat-lewatnya 2 hari sebelum ramadhan menjelang.. Insyaalh pihak penganjur,premis kedai dan pihak MPSP akan membenarkan operasi perniagaan berjalan seperti biasa.

Tempoh penutupan tapak-tapak yang tidak beroperasi secara sah ini adalah bertujuan bagi membolehkan pihak MPSP menjalankan kerja-kerja penyusunan semula tapak-tapak perniagaan itu sebaik mungkin.

Ini dikira perlu memandangkan ada beberapa perniagaan yang boleh dianggap tidak selamat dan boleh mengundang bencana disekitar Petronas

Itu kata Saudara Amir Ghazali, Ketu AMK Pulau Pinang yang juga Ahli Majlis MPSP.

Jadi.. perlu kita ketahui disini UpTown Bandar Perda tidak diarahkan tutup malah ianya beroperasi seperti biasa.. hanya peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan ditapak yang tidak diluluskan oleh MPSP diarahkan berhenti operasi buat sementara waktu, bukannya berhenti beroperasi buat selama-lamanya..

Kesimpulannya disini ialah macai-macai UMNO sebar fitnah lagi..

Untuk makluman semua perkara ini telah dibangkitkan dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, DS Anwar Ibrahim baru-baru ini..

Dan nasihat yang diberikannya ialah kurangkan tempoh penyusunan semual itu...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails