Tuesday, July 9, 2013

UMNO akan failkan petisyen jika PAS menang di Kuala Besut kerana ini?


Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kelantan.

Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama ~ laporan penuh sila baca di SINI

Ustaz Azhar Idrus yang menyedari petisyen BN itu melalui laman sosial Facebooknya menyifatkan petisyen yang mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh,” katanya ketika ditemui ~ lapuran penuh sila baca di SINI.

Jika ditakdirkan UMNO/BN kalah dalam PRK Kuala Besut kali ini.. sekali lagi mereka dipercayai akan failkan petisyen terhadap kemenangan PAS..

Ini kerana Ustaz Azhar Idrus akan di bawa sekali lagi bagi membantu kempen PAS...

Bawa UAI gempur Kuala Besut.
MARANG - Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.  
Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.  
“Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI). 
“Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini,” katanya yang turut meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar.  
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar.  
“Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas,” katanya ~ Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails