Monday, July 29, 2013

Filem The New Village, Ahmad Shabery Cheek Bidas Blogger UMNO..


Sehari dua ini kecoh Blog-blog Pro UMNO dengan isu penayangan filem "The New Village" yang akan diadakan pada 22 Ogos 2013 ini..

Menurut mereka filem ini telah meletakkan pengganas Komunis sebagai Hero dan rentetan dari itu Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam turut mengkritik sebuah filem tersebut, yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme.

Dan beliau turut mempersoalkan bagaimana filem itu begitu mudah diluluskan untuk tayangan sedangkan filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sudah berulang kali ditangguhkan tayangannya.

Katanya lagi.. "Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem "The New Village" secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan,"

Mereka membuat penilaian tentang filem ini seolah-olah mereka telah menyaksikan keseluruhan jalan cerita filem tersebut.

Sedangkan dari trailer filem tersebut yang dimuatnaik kelaman YouTube dan mengambil masa selama 2:20 minit tak di tunjukkan langsung apa yang mereka maksudkan itu..

Ini trailer filem itu..


Ini pula sinopsis filemnya..

Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya.

Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis.

Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat ~ Cinema.Com

Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersikap proffesional dalam hal ini dan dalam masa yang sama membidas Blogger-blogger Pro UMNO itu..

Bernama melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayang pada Ogos ini. 

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia. 

"Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan," katanya.. 

Anggota Parlimen Kemaman itu berkata Finas boleh mengharamkan filem berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan treler yang dipapar di YouTube

Ahmad Shabery berkata jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif. 

"Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain kerana ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online. 

"Saya bersedia dikritik dan berilah peluang pihak saya untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini," katanya ~ Malaysiakini 

Mungkin kerana trailer filem ini memaparkan watak seorang anggota pengganas Komunis sebagai Hero.. maka mereka menafsirkan bahawa Komunis ditonjolkan sebagai Hero.. betullah tu kalau macam tu.. kah..kah..kah.. sempitnya cara berfikir..

Yang lagi harunya ada juga yang mengaitkan nama pengeluar filem ini dengan BERSIH sebab namanya 'Yellow Movie Sdn. Bhd."


Kesian sungguh..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails