Monday, July 29, 2013

Tak Ada Sijil Halal JAKIM, Tapi Hotel Ini Buat Promosi Buffet Ramadhan.. Jamil Khir Tolong Jawab Sat..


Restoran dan hotel yang tidak mempunyai logo halal yang di iktraf JAKIM dilarang mempamerkan promosi buffet ramadhan.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, tindakan undang-undang boleh di ambil sekiranya ada pihak mengambil kesempatan menggunakan perkataan buffet ramadhan bagi menarik umat islam berbuka puasa di premis mereka.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Di Masjid Putra, Putrajaya, pada 24 Julai yang lalu.

Tambahnya, JAKIM dengan kerjasama anggota penguatkuasa sentiasa memantau setiap promosi berbuka puasa yang ditawarkan restoran dan hotel berdasarkan peraturan yang ditetapkan ~ TV3

Hebat.. memang hebat kata-kata Menteri di atas tu.. kononnya JAKIM sentiasa memantau setiap promosi berbuka puasa kononnya..

Kalau sentiasa memantau bagaimanapula Hotel yang begini besar dan telah ditarik balik sijil halal nya oleh JAKIM sendiri masih boleh mengadakan buffet ini?

Paling malang bila PERKESO turut terpedaya dan dijadualkan mengadakan majlis berbuka puasanya pada 26 Julai lalu..

Baca kenyataan media dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai perkara ini..


Lagi Penghinaan Terhadap Islam

Setahun lalu, kami menerima aduan daripada beberapa pemberi maklumat bahawa hotel ini telah memberi arahan melarang pekerja wanita Islam memakai tudung untuk menutup aurat.

Pekerja Islam yang pergi bekerja dengan bertudung kena membuka auratnya apabila sampai ke hotel tersebut dan memakai tudung kembali apabila hendak pulang dari kerja ke rumah. Pihak hotel memberi justifikasi bahawa ini adalah untuk penyeragaman uniform hotel.

Malang sungguh pekerja-pekerja Islam di sebuah Negara Islam yang Agama rasminya (Islam Agama Persekutuan) adalah Islam terpaksa menyembah membuka aurat untuk ditontoni oleh bukan muhrim untuk mencari rezeki!

Mana dia hak asasi yang dicanang selama ini? Hotel Corus begitu popular dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa Islam dari Arab, Iran dan lain-lain.

Hotel Corus yang difahamkan milik Singapura juga dikenali sebagai Hotel Ming Court. 

Mereka mengaut keuntungan daripada orang Islam tetapi menghina dan ‘menyeksa’ pekerja Islam tanpa sebarang penghormatan dan kekesalan. Mereka senyum paling lebar menyambut pelanggan Islam kerana duit tetapi di belakang mereka menikam orang Islam yang lain.



Hotel ini juga dulunya mempunyai sijil halal JAKIM tetapi kira-kira 6 bulan lepas sijilnya ditarik balik kerana mengambil bekalan bahan makan daripada pembekal yang tidak halal. Entah berapa lama amalan penipuan ini dilakukan sebelum kegiatan mereka dikesan dan sijil halal ditarik balik.

Agaknya disebabkan “kebaikan JAKIM” hanya sijil halal ditarik balik, tetapi difahamkan tiada sebarang tindakan diambil. Inilah agaknya yang menyebabkan orang Islam dipijak-pijak kerana “baik”.

Baru-baru ini YB Menteri JAKIM, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom membuat kenyataan supaya tindakan harus diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan halal yang ada.





Bulan puasa dan musim raya adalah masa untuk mengaut keuntungan berlipat ganda yang tidak mahu dilepaskan oleh puak-puak rakus ini yang tidak segan-segan menipu orang Islam.

Kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap kes-kes penghinaan yang melibatkan sensitiviti agama sebelum ada pihak-pihak yang terlalu kecewa mengambil tindakan di tangan sendiri yang sudah tentu akan menjadi polemik yang semakin serius dan parah kepada perhubungan kaum yang semakin terjejas kebelakangan ini.

Terkini, satu lagi mangsa hotel ini yang diperdaya untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel ini adalah PERKESO yang dijadualkan mengadakan majlis berbuka puasanya esok.

PPIM menyeru semua GLC dan para pengguna Islam dan bukan (yang cintakan kemakmuran agar tidak lagi melanggani hotel yang tidak beretika ini dan tidak menghormati perhubungan kaum di Malaysia) sebagai menghantar isyarat jelas bahawa kita tidak mahu ada racun dalam perhubungan kaum di Malaysia.

PPIM mencadangkan agar logo halal syarikat yang menghina Islam, yang mendiskriminasi umat Islam dan tidak melaksanakan hak asasi Islam DITARIK BALIK.

PPIM juga mengharapkan JAKIM mengambil tindakan paling berat demi kepentingan Negara ini. 


Dato’ Nadzim Johan
0133882211

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails