Thursday, July 11, 2013

Siapa Conteng Gambar Najib dan Bapak Dia nih?


Berkenaan dengan gambar Najib yang diconteng di atas ada yang mendakwa ianya adalah hasil kerja macai-macai ataupun samseng upahan UMNO yang bayaran upah kerjanya tidak dilunaskan sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO terbabit..

Kerana ianya telah terbukti sebelum PRU13 lagi.. dan umum menyedari sebelum PRU13 yang lalu banyak kegiatan-kegiatan vandalisma yang berbaur politik dibiayai oleh UMNO dan dilakukan pula oleh samseng-samseng upahan mereka..

Contohnya insiden melontar batu, cat merah dan apa saja yang boleh dilontar terhadap bas jelajah Merdeka Rakyat milik PKR, kebanyakkan saksi mendakwa ianya di lakukan oleh samseng-samseng upahan UMNO.

Malah dalam beberapa kejadian, rakaman gambar membuktikan yang melakukan vandalisma itu ialah ahli UMNO di kawasan yang dilalui oleh bas jelajah Merdeka Rakyat.

Perlu kita ketahui bahawa UMNO/BN juga mempunyai bas seperti yang digunakan oleh PKR itu, namun bas mereka langsung tidak pernah diusik oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jadi tidak hairanlah jika ada saja kegiatan vandalisma yang berbaur politik, banyak jari menuding kearah macai-macai UMNO..

Bukan gambar Najib saja yang menjadi mangsa malah gambar bapanya juga turut menjadi mangsa..


Tindakan ini dikecam oleh Ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari..

Zairil kecam conteng gambar PM 
PETALING JAYA: Ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengecam sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme di bangunan milik Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) di Tanjong Tokong, Pulau Pinang. 
Beliau kesal dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab itu yang menconteng gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan gambar ayahandanya, Tun Razak Hussein. 
“Tindakan menconteng gambar Tun Razak dan Najib adalah tindakan kebudak-budakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya lagi, tindakan itu tidak mencerminkan budaya politik baru yang beliau perjuangkan. 
“Walaupun Najib dan saya berbeza pendapat, tetapi saya yakin tumpuan patut diberi kepada perdebatan idea, dasar dan ideologi dan bukannya kepada serangan peribadi,” katanya lagi. 
Ahli parlimen DAP itu menghormati sumbangan bekas Perdana Menteri,Tun Razak membangunkan negara yang pernah berjuang bersama ayahandanya, Tan Sri Khir Johari. 
Oleh itu, tegasnya lagi, beliau dan anakandanya tidak perlu diaibkan dengan perbuatan vandalisme seperti itu. Beliau berharap semua pihak dapat mencegah perbuatan khianat ini. 
“Dengan sokongan semua pihak, usaha untuk membawa agenda politik baru dapat dipermudahkan,” ujarnya.~ Freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails