Friday, July 12, 2013

Sharizat kini sudah boleh senyum hingga ke telinga..


Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, syarikat Kirimotonas Agro Sdn Bhd (KASB) akan membiayai kesemua hutang yang ditanggung oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada kerajaan.

Menurut Husni, syarikat tersebut kini sedang dibuat penilaian dan sekiranya dalam rundingan tersebut berjaya, syarikat Kirimotonas akan memberi komitmen untuk membayar seluruh hutang NFC.

"Kita setuju dan syarikat ini juga bersetuju setiap bayaran balik pinjaman NFC yang tertunggak akan dibiayai dan keseluruhan pinjaman tertunggak akan mereka bayar balik. Dan mereka minta tempoh percubaan selama tiga tahun," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR- Pandan) ketika memberi ucapan penggulungan titah Diraja di Parlimen hari ini.

Selain itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut bangun untuk bertanya tentang pulangan yang akan diperoleh daripada projek usaha sama antara syarikat tempatan dengan firma penternakan kedua terbesar di Jepun.

Beliau bertanya sama ada ia dapat mengatasi kegagalan projek NFC.

Husni berkata, pada waktu ini, pihaknya sedang mengkaji keperluan dan kehendak dari syarikat tersebut.

"Buat masa ini belum kaji lagi apa keperluan dan kehendak dari syarikat tersebut. Kalau dah kaji apakah kehendak, baru tahu kaitan projek dengan syarikat mereka," katanya lagi.

April lalu, Berita Harian melaporkan, KASB memeterai surat hasrat dengan Kementerian Kewangan untuk memulakan rundingan bagi mengambil alih semua aset dan liabiliti National Feedlot Corporation, pengendali projek berkenaan.

KASB juga, katanya menawarkan untuk membayar hutang NFCSB sebanyak RM250 juta dengan pendahuluan RM34 juta dan bakinya dibayar ansuran mengikut syarat yang dipersetujui dalam konsesi baru.

Ia akan dirundingkan dalam tempoh enam bulan bermula April sehingga Oktober tahun ini ~ Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails