Wednesday, July 3, 2013

Setelah ugut Najib, Ibrahim Ali nak jadi Pemandu Teksi pula...


Kalau beliau serius untuk menjadi pemandu teksi saya juga serius untuk memberikan nasihat yang jujur terhadap sahabat saya selama 42 tahun ini.

Setahu saya Ibrahim tidak begitu cekap memandu, takut-takut ramai pula penumpang teksi yang beliau pandu itu masuk hospital.

Bagi saya jika di nilai dari cara pemanduan beliau, Ibrahim sepatutnya tidak dibenarkan menjadi pemandu teksi bagi menjamin keselamatan penumpang-penumpang teksi beliau.

Bagi saya Ibrahim hanya layak untuk menjadi taukeh syarikat teksi dan tidak boleh jadi pemandu teksi pula.

Kalau ada masa sehari dua ini saya akan berjumpa untuk menasihatkan beliau supaya membatalkan sahaja niat beliau untuk menjadi pemandu teksi, demi menjaga keselamatan penumpang dan pejalan kaki di jalanraya.

Itu adalah nasihat dari Aspan Alias buat Presiden PERKASA yang menyuarakan hasratnya untuk menjadi Pemandu Teksi setelah beliau tak dihargai langsung oleh Najib..

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupan beliau. 

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai status beliau selepas pilihan raya umum ke-13. Veteran politik itu kalah kepada calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan. 

“Saya akan bersama Perkasa sepenuhnya sebagai presiden akan tetapi saya juga perlu menyara kehidupan saya. Saya mungkin akan memohan permit teksi. Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang ‘simple’ – sederhana,” tegas Presiden Perkasa. 

Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau didalam dunia politik Ibrahim berkata dia masih di dalam politik kerana Perkasa adalah satu badan NGO yang politikal. 

“Perkasa adalah badan bukan kerajaan yang politikal, tetapi Perkasa bukan parti politik. Saya masih lagi aktif di dalam dunia politik bersama Perkasa” beliau menegaskan. 

Dalam pada itu, Perkasa telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan beberapa jawatankuasa baru di dalam NGO tersebut. Turut diwujudkan adalah jawatankuasa perpaduan dan kepentingan nasional. 

`NGO antara kaum’ 

“Kami akan membuka majlis NGO antara kaum supaya masing masing memahami nilai dan budaya antara kami. Kami juga akan mengadakan kongres kepentingan nasional menjurus kepada isu keselamatan negara. Isu negara adalah isu nombor satu bagi Perkasa,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. 

Ketika diminta mengulas isu rang undang-undang pentadbiran agama Islam 2013, Ibrahim menegaskan supaya isu ini tidak dipolitikkan oleh mana mana pihak. 

“Saya meminta pada semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu ini. Dalam hal ini rujuklah kepada al-Quran dan Hadis” ujar beliau. 

Selain itu, Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya kecil Kuala Besut di Terengganu. 

“Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini” ~ Freemalaysiatoday

Nasihat dan juga ulasan Aspan Alias tentang hasrat Ibrahim Ali untuk menjadi Pemandu Teksi sepenuhnya sila baca di SINI 

Video Ibrahim Ali ugut Najib sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails