Wednesday, July 17, 2013

Setelah Ditukar Kerana Buat Laporan Polis Tentang Dakwat Tak Kekal , Mejar Zaidi Bakal Kehilangan Elaun Terbang Pula..


Malang buat mantan Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad, nasibnya umpama sudah jatuh ditimpa tangga..

Setelah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.


Beliau telah ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula 4 Mei lalu kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Zaidi membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal, hilang apabila dibasuh dengan air sabun.

Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan mangkuk.

Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi 1 Mei 2013.

Kesediaanya membuat lapuran polis menurutnya, membuktikan dirinya telus, berani mendedahkan ekoran itulah prinsip ketenteraan.

Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim.

Setelah ditukarkan ke Kuala Lumpur dengan serta merta tekanan terus diberikan terhadapnya oleh pihak TUDM.

Baru-baru ini mereka telah dihadapkan di hadapan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brig Jen Shabre, dan telah dipertuduhkan (didakwa) melakukan 7 kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (AAT 72) pula...

DIKENAKAN 7 PERTUDUHAN DAN ELAUN TERBANG RM4000 SEBULAN BAKAL DITARIK BALIK 

Assalam kepada semua rakan-rakan sekalian. 

Perkembangan terkini kes saya; Pada hari Jumaat lepas 12 Jul 2013 saya telah dihadapkan di hadapan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brig Jen Shabre, dan telah dipertuduhkan (didakwa) melakukan 7 kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (AAT 72). 

5 pertuduhan pertama adalah bersangkutan Seksyen 50(2) AAT 72 manakala 2 pertuduhan berikutnya adalah bersangkutan dengan Seksyen 51 AAT 72. Seksyen 50(2) menyatakan "Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan dibawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dari pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta: 

Dengan syarat jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun." 

Seksyen 51(1) menyatakan " Tiap-tiap orang yang tertakhluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yang baginya dipakai seksyen ini, iaitu peruntukan yang diketahui atau yang munasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.” 

Rakan saya Flight Sarjan Jamal bin Ibrahim pula dikenakan 2 pertuduhan, beliau akan dibicarakan terus oleh Komander pangkalan dan dijangka akan mengaku salah. 

Berkenaan dengan elaun penerbangan RM4000 sebulan pula, perintah sedia ada TUDM menyatakan bahwa mana-mana juruterbang yang didakwa samada di mahkamah awam atau syariah atau dipertuduhkan dibawah AAT 72, elaun akan ditarik balik bermula dari hari beliau di dakwa. 

Sekian, buat sementara. 

Hasbiyallahu wani’qmal wakeel “Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik Pelindung dan Pemberi Rezeki”. 

Wassalam dari saudaramu yang dizalimi.

Kesimpulan dari kejadian ini..

Bagi UMNO dan Pemimpin-pemimpinnya biarpun negara bakal kerugian beratus ribu RM yang dilaburkan untuk melatih dua juruterbang tentera ini dengan menggantung perkhidmatan mereka ianya tidak mengapa..

Kerana yang penting bagi mereka ialah sifat bodek dan pak turut menjadi kriteria utama pilihan mereka..

Dalam hal ini juga kepentingan dan keselamatan UMNO dan pemimpinnya lebih diutamakan dari kepentingan negara..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails