Tuesday, July 30, 2013

Raikan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anjing?.. Cari Nahas Dah Dia Nih!


Awal Ramadhan baru-baru ini pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, beserta kapsyen dan logo halal di Facebook.

Menjelang akhir Ramadhan dan tibanya Hari Raya Aidilfitri ini pula Video '1 Hari Di Hari Raya' dengan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu) pula dimuatnaik kelaman FaceBook.

Video ini menunjukkan seseorang yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman itu menunjukkan seorang berbaju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga haiwan itu.

Video berdurasi 1 minit 44 saat ini juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar seorang individu duduk bersama tiga ekor anjing di sofa.



Bagaimanapun menurut pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.. “Saya tiada niat hina Islam”.

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia ~ Mynewshub 

Bernama melaporkan SKMM akan segera menyiasat pemilik video ini..

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu. 

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima laporan mengenainya. Oleh itu, saya mengarahkan SKMM untuk menyiasat video itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 21 Julai lalu dengar katanya ada satu pasukan pemantau salah laku internet yang akan secara sukarela memantau kemudian membuat laporan kepada polis jika kandungan sesebuah bahan di internet itu menyentuh sensitiviti atau menghina kaum dan bangsa lain.

Pasukan yang digelar Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT) itu diketuai oleh Penyelarasnya Huan Cheng Guan.

Dengarnya seperti serius, tetapi sehingga tengahari ini, belum ada sebarang makluman dari pihak SEMUT tentang kemunculan video menghina ini, Mereka sudah tidak buat kerja atau memilih video yang tertentu sahaja untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ke mana pergi pasukan sukarela SEMUT ini?

Salah siapa sebenarnya?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails