Wednesday, July 10, 2013

PRK Kuala Besut: SPR disaran guna kaedah 'Kerat Jari' bagi mengelakkan mengundi dua kali..


Pengerusi SPR berkata, SPR tidak akan menggunakan kaedah mencalit jari seperti PRU13, sebaliknya memutuskan untuk menggunakan kaedah "mencelup jari telunjuk" ke dalam dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi dua kali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Apa bezanya kaedah celup dengan calit itu?.. sedangkan yang menjadi persoalan ialah kenapa dakwat kekal yang digunakan tidak kekal selama yang ditelah dinyatakan oleh SPR ketika mengumumkan penggunaannya dula?

Samada ianya dicalit atau dicelup, jika dakwat kekal yang digunakan itu tidak kekal dan masih boleh dicuci atau dibersihkan dalam masa beberapa minit ianya dicalit atau dicelup ianya tidak membawa makna langsung..

PRK: SPR perkenal kaedah celup jari telunjuk 

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggunakan kaedah "mencelup jari telunjuk" ke dalam dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi dua kali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak akan menggunakan kaedah mencalit jari seperti PRU13. 

Menurutnya, pengundi perlu mencelup jari telunjuk sebelah kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan SPR sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian. 

"Bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab, dakwat kekal akan digunakan dalam PRK N.01 Kuala Besut dalam Pengundian Awal (20 Julai 2013) dan Pengundian Biasa (24 Julai)," katanya pada satu kenyataan media, hari ini. 

Pada PRU13 Mei lalu, isu dakwat kekal menjadi kontroversi apabila dakwat yang dinyatakan SPR mampu bertahan untuk beberapa hari, boleh luntur dalam tempoh beberapa jam selepas dicalit. 

Perkara itu menimbulkan pertikaian awam sehingga beberapa siri bantahan mengenainya dibuat dan menggesa kepimpinan SPR letak jawatan. 

SPR bagaimanapun bertegas, pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan sama sekali tidak akan berundur. 

Sementara itu, menerusi kenyataan media sama, SPR telah menetapkan Kompleks Rakan Muda Kg Raja, Besut sebagai tempat penamaan calon yang akan berlangsung pada Jumaat ini. 

"Hari Penamaan Calon bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. "Pada Hari Penamaan Calon, SPR akan membenarkan 100 wakil bagi setiap parti yang ingin bertanding masuk ke kawasan dewan penamaan calon. 

"Khemah-khemah disediakan untuk wakil-wakil parti yang mempunyai pas yang dikeluarkan oleh SPR," katanya. 

Beliau turut mengingatkan penyokong-penyokong parti supaya tidak datang dan berkumpul dalam jumlah yang ramai di Pusat Penamaan Calon. 

"Untuk memastikan proses penamaan calon berjalan dengan aman dan harmoni, tidak ada gangguan, semua pihak supaya mematuhi undang-undang dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR dan PDRM. 

"SPR berharap proses penamaan calon dan aktiviti berkempen akan berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara," tambahnya.

Samada celup atau calit digunakan.. jika ianya masih boleh dibersihkan hanya setelah beberapa minit dicelup atau dicalit, undi dua kali masih boleh berlaku..

Jadi.. saranan aku ialah apa kata SPR perkenalkan kaedah kerat jari pulak dalam PRK Kuala Besut ni?.. kerat jari sajalah.. kan senang tak perlu nak keluar modal berjuta-juta RM.. kah..kah..kah..

Apa yang jelas dari kenyataan Pengerusi SPR ini ialah beliau sedang cuba untuk memperbodohkan rakyat lagi...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails