Friday, July 5, 2013

PRK Kuala Besut: PAS Hadapi Laluan Sukar


Kuala Besut akan menjadi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sukar dimenangi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

"Umno dan seluruh jentera Barisan Nasional akan berada di Terengganu untuk memastikan BN dapat mengekalkan kerusi Kuala Besut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Beliau yang berusia 38 tahun dan juga ahli PAS merasakan bahawa Umno mempunyai peluang dan kelebihan dalam pilihan raya Kuala Besut yang mana tarikhnya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, JUmaat.

"Saya tidak fikir PAS atau Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk menang. Majoriti yang diperolehi Umno di Kuala Besut semasa PRU-13 agak selesa. Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah bagi PAS," katanya.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Dr A.Rahman Mokhtar kerana masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Beliau mengekalkan kerusi itu untuk penggal kedua dengan majoriti 2,434 undi berbanding calon PAS Napisah Ismail pada 5 pilihan raya 5 Mei lalu.

Wan Saiful juga merasakan bahawa isu penukaran agama anak baru-baru ini mungkin memainkan peranan penting dalam pilihan raya kecil.

"Saya dapat melihat PAS sudah memikirkan tentang Kuala Besut dengan cara parti itu berhadapan dengan Rang Undang-undang tersebut," katanya.

Menurut Wan Saiful, jika PAS menentang fasal itu terutama bahagian yang menyatakan apabila salah seorang ibu bapa memeluk Islam dan kanak-kanak juga berlu mengikutinya, PAS akan berdepan tuduhan bahawa parti itu telah menjual dirinya kepada orang bukan Islam.

"PAS akan berada dalam kedudukan yang sukar kerana hubungan dengan DAP dan PKR. Mereka perlu meletakkan diri mereka di tempat yang betul untuk pilihan raya Kuala Besut.

"Mereka sedang menanti masa mereka untuk melihat bagaimana untuk menangani isu ini," katanya.

Walau bagaimanapun, Wan Saiful berkata beliau tidak akan terkejut jika PAS datang dengan satu pendirian yang berbeza daripada rakan-rakan Pakatan mereka ~ mStar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails