Wednesday, July 17, 2013

Polis Minta Bantuan Jejak Polis ini yang terlibat kes bunuh Dharmendran..


Polis Kuala Lumpur semalam (16 July 2013) memapar gambar dan butiran suspek kes kematian dalam tahanan, N Dharmendran di laman Facebook.

Tindakan itu dibuat kira-kira sebulan selepas kejadian berkenaan mendapat perhatian media, selain tekanan pelbagai pihak.

Suspek itu ialah Inspektor Hare Krishnan a/l K Subramaniam yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL).

Dia dipercayai menghilangkan diri sejak 15 Jun lalu.

Mengikut kenyataan media petang semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah meminta orang ramai yang ada maklumat itu menghubungi balai polis terdekat atau mengirim SMS kepada 32728.


Pada sidang media , Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tanggapan pihaknya mengamal dwistandard apabila berlaku kes membabitkan polis.

Beliau merujuk kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa polis cuba melindungi suspek apabila enggan mendedah butiran maklumat peribadi inspektor berkenaan.

Polis sebelum ini menyatakan, pegawai itu bercuti ketika siasatan dibuat terhadapnya sebelum pihak berkuasa menyedari kemudian Hare Krishnan menghilangkan diri.

Kata Khalid: "Kita beri dia masa mencukupi untuk tampil. Sekarang kita paparkan gambarnya sebagai orang yang dikehendaki."

Badan peguam hak asasi, Lawyers for Liberty turut mengkritik polis atas sikap tidak bertanggungjawab pihak berkuasa dalam memburu suspek itu."

Sebelum ini, tiga anggota polis iaitu Sarjan Jafri Jaafar, Koperal Mohd Nahar Abdul Rahman dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari yang didakwa atas pembunuhan Dharmendran pada 5 Jun lalu.

Turut didakwa ialah seorang yang tidak dinamakan dan dipercayai merujuk kepada Hare Krishnan. Dharmendran, 31, mati ketika dalam tahanan polis IPKKL ketika ditahan reman.

Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat trauma pelbagai benda tumpul dan kematian itu diklasifikasi sebagai bunuh ~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails