Wednesday, July 10, 2013

Petisyen batal keputusan PRU13 telah ditolak.. ini yang pertama


Penolakan salah satu petisyen ini bukanlah sesuatu yang diluar jangkaan sebenarnya, ianya sememangnya telah dijangkakan oleh banyak pihak..

Namun kita tetap berusaha menggunakan saluran yang sepatutnya dan sah untuk kita gunakan, meskipun harapannya tipis dan boleh diumpamakan seperti mengharap babi terbang..

Alasan untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu ialah ianya tidak disampaikan dengan sempurna

Mahkamah tolak petisyen Pas batal keputusan PRU13 

KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu. 

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian. 

"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu. 

Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000. 

Pada PRU13 lalu, Dun Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon Pas, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi. 

Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Selising, Semsudin Muhammad. Pada prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada Pas bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN. 

Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu. 

Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen Dun Gaal. 

Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan. 

Barisan peguam yang mewakili Pas dan PKR diketuai Hisham Fauzi. Pada pilihan raya umum lalu, Pas menguasai 32 kerusi Dun di Kelantan berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi. 

Bagi kerusi Parlimen, BN memenangi lima daripada 14 kerusi, yang lainnya dimenangi Pas. Mohd Hafarizam, yang ditemui pemberita selepas itu, bersyukur dengan penolakan petisyen Dun Selising atas faktor tidak memenuhi peruntukan undang- undang. 

Katanya, ia keputusan wajar kerana tidak ada asas untuk mahkamah meneruskan perbicaraan. 

Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila tiga daripada petisyen yang difailkan BN tidak ditolak dan memberi peluang untuk saksi memberi keterangan pada perbicaraan nanti. 

"Kami amat bersyukur dan gembira kerana tiga petisyen yang difailkan tidak ditolak tetapi telah ditetapkan untuk perbicaraan. Ini merupakan satu penanda aras untuk rakan kami di negeri lain pertahankan (21) petisyen yang difailkan BN. Ia adalah petisyen yang kukuh dan wajar untuk dibawa ke perbicaraan," katanya. - Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails