Tuesday, July 2, 2013

Pahang larang tazkirah sewaktu Solat Terawih sebab nak halang pengaruh PAS ke?


Aku tak faham bagaimana EXCO Dakwah dan Islamiah Pahang ni boleh mengatakan  tazkirah di pertengahan waktu solat Terawih menganggu fokus umat Islam untuk menunaikan ibadah berkenaan hingga menyebabkan kesemua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakannya.

Sebabnya takzirah ini biasanya diadakan setelah empat rakaat solat terawih diadakan sebelum disambung lagi empat rakaat atau selebihnya selepas itu bukannya ketika masih ada yang sedang menunaikan solat itu..

Berkuatkuasa 1 Ramadan, semua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Terawih. 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad, jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan. 
"Solat Terawih tak payah diganggu dengan tazkirah atau ucapan sebabnya kita tengok zaman Saidina Omar, Saidina Ali, jangan ganggu solat terawih". 
Syed Ibrahim ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, siang tadi. 
Tegasnya, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengesan ada pengurusan masjid mengadakan tazkirah di pertengahan waktu solat Terawih pada bulan Ramadan tahun lalu. 
Tindakan itu, katanya, telah menganggu fokus umat Islam untuk menunaikan ibadah berkenaan ~ TV3

Ada yang tersirat sebenarnya dari tindakannya itu...

Bagi yang sering menunaikan Solat Terawih dimasjid-masjid yang mempraktikkan tazkirah di pertengahan waktu solat tentu sedar bahawa kebanyakkan penceramah jemputan adalah Ustaz-ustaz yang kebanyakkannya pro PAS.

Contohnya ialah Masjid Batu di Sungai Derhaka ini.. Masjid ini dikatakan Pro PAS biarpun Pengerusinya bukanlah ahli PAS.

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan ramai Ustaz-ustaz dari luar dijemput untuk menyampaikan tazkirah dan Ustaz yang menjadi kegemaran aku ialah Ustaz Siddiq Noor dan juga Ustaz Badrul Amin.

Malah biar siapapun Ustaz yang dijemput asalkan mereka tidak berkiblatkan RM, apabila mereka membicarakan tentang Islam di negara ini..

Sedikit sebanyak mereka akan menyerlahkan kepincangan atau apa saja tindakan yang bertentangan dengan kehendak Allah dan Islam oleh pemimpin-pemimpin UMNO biarpun mereka tidak berniat melakukannya..

Secara tidak langsung penolakan terhadap UMNO pun bermula apabila golongan atas pagar mendengar tazkirah yang disampaikan ini.

Oleh itu bagi mengelakkan ummat Islam menyedari kepincangan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu maka tazkirah ini perlu dihalang..

Ini kerana masjid-masjid diseluruh negara biasanya amat meriah dengan jemaah dan boleh dikatakan penuh pada setiap Ramadhan berbanding dengan hari-hari biasa terutamanya masjid-masjid yang mengadakan tazkirah ini..

Itu mungkin sebab utama tazkirah perlu dihalang..

Ini pendapat Nasrudin bin Hassan Ketua DPPM‎ mengenai isu ini..

Saya Tetap Teruskan Tazkirah, biarpun ditahan. 
1. Larangan menyampaikan tazkirah adalah larangan yang tidak masuk aqal malah bertentangan dengan Firman Allah swt yang maksudnya "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. Surah Azzaariyat : 55 
2. Saya tidak faham kenapa EXCO Dakwah Kerajaan negeri Pahang mahu menghalangnya. Sedang rakyat dan masyarakat rata - rata dahagakan ilmu malah mereka mencari ilmu dengan mengunjungi masjid surau yang menganjurkan pakej terawih dan tazkirah. Sehinggalan masjid dan surau yang tidak menganjurkan tazkirah kian tidak popular di hati rakyat. 
3. Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya digerakmajukan oleh EXCO Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara. 
4. Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat. Lebih baiklah EXCO Dakwah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang kelab malam daripada beroperasi di bulan Ramadhan, restaurant yang dibuka pada siang hari untuk menjamu selera mereka yang mengaku muslim tetapi tidak berpuasa. 
5. Saya akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa saya hadapi justeru ini adalah kerja nabi - nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. 
Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. 
Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails