Tuesday, July 30, 2013

Najib Bohong Lagi.. Bekas Tentera Pula Menjadi Mangsa..


Pada 10 Oktober 2010, berjanjilah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kira-kira 300,000 bekas anggota tentera semasa berucap sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Dua perkara telah dijanjikan iaitu sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta.

Dan juga bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.

"Pasukan keselamatan sama ada yang masih dan berhenti berkhidmat kepada negara merupakan kumpulan masyarakat yang amat penting. Kerajaan memang menjaga kebajikan kumpulan ini mengikut kemampuan kewangan kita. Kata Najib.

Hadir sama pada majlis yang julung kali diadakan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abd. Ghani serta hampir 20,000 bekas anggota dan pegawai tentera dari seluruh negara.

Namun begitu.. tiga tahun telah berlalu.. meskipun janji tersebut telah diucapkan oleh Najib dan didengari dengan jelas oleh hampir kira-kira 20,000 orang itu.. janji tinggal janji, malah ada yang dikatakan telah mati mengharapkan janji Najib itu..

Bekas tentera tuntut janji PM 
IPOH - Biarpun gembira di sebalik menerima sumbangan perayaan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas tentera di negeri ini mengakui terkilan apabila janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum terlaksana sehingga ke hari ini.  
Salah seorang bekas tentera, Sarjan (B) Ahmad Tarmizi Khalid berkata, janji dibuat sempena Perhimpunan Raksasa Bekas Tentera Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010 lalu.  
Katanya, pada perhimpunan berkenaan Najib berkata pihak kerajaan akan melaksanakan pemberian sara hidup serta pampasan bagi semua bekas tentera yang mengalami kecederaan ketika bertugas.  
“Kami (bekas tentera) masih menunggu pelaksanaan dua perkara berkenaan yang disuarakan Perdana Menteri pada perhimpunan bekas tentera tiga tahun lalu.  
“Kami juga berharap agar perkara ini diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan selaras dengan slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan,” katanya.  
Ahmad Tarmizi berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Yayasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Perak 2013 di sini.  
Difahamkan, Ahmad Tarmizi kehilangan sebahagian kaki kanannya setelah terpijak jerangkap samar ketika mengikuti satu operasi di Gopeng sekitar 1976 lalu.  
Sementara itu, Ahmad Tarmizi turut berkata kebanyakan golongan bekas tentera merasa agak terkilan dengan pemberian RM5,000 kepada anggota keselamatan yang cedera pada Ops Daulat di Lahad Datu, baru-baru ini.  
Katanya, jumlah berkenaan agak jauh bezanya dengan golongan bekas tentera yang sekadar menerima RM500, itu pun pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh JHEV ATM.  
“Kami agak terkilan dan berharap agar ia turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan demi menjamin kesejahteraan hidup golongan bekas tentera di negara ini,” katanya.
~ Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails