Tuesday, July 16, 2013

UiTM Shah Alam Terbakar Lagi... (Gambar dan Video)


Ini adalah kali kedua kalau tak silap aku kebakaran berlaku di UiTM Shah Alam ini, kali pertama pada 28 September 2011 dimana ianya telah melibatkan Kolej Jati yang menempatkan pelajar-pelajar lelaki UiTM.

Daripada video yang dirakam oleh pelajar UiTM, kebakaran Kolej Jati ni berlaku di ruang tong sampah kalau tak silap.

Api kebakaran menjulang hingga ke tingkat atas sekali (tingkat 4/5), Alhamdullillah, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan kepada pelajar lelaki UiTM yang menetap di Kolej Jati itu.

Siasatan awal mendapati ada pelajar yang membuang puntung rokok di dalam saluran buang sampah yang mana kebetulan terdapat sampah-sampah mudah terbakar di dalamnya.

Ini Videonya..

 

Hari ini ianya terbakar lagi... makmal Sains lah pulak..

Makmal Sains UiTM Shah Alam Terbakar

SHAH ALAM: Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini terbakar petang Isnin.

Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota beserta lima jentera ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami. -BERNAMA



Ini video kejadian..

 

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails