Sunday, July 21, 2013

Mahathir kata BR1M Idea bodoh Najib?


Jika ianya bukan satu pendekatan boodoh sudah pasti ianya memberikan keuntungan kepada UMNO/BN malangnya pemberian tunai itu tidak membantu UMNO/BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana rakyat gagal diperbodohkan mereka..

Ianya tidak membawa kesan kerana rakyat sedar bahawa wang yang diagihkan itu adalah wang dari cukai yang dibayar oleh rakyat sendiri dan bukannya wang yang datangnya dari perbendaharaan UMNO..

Dalam hal ini hanya rakyat yang masih bodoh boleh diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang mengatakan wang itu adalah milik UMNO .. tetapi majiriti rakyat Malaysia bukanlah sebodoh yang disangka..

BR1M gagal bantu prestasi BN pada PRU13, kata Dr Mahathir

Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki wang mereka sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad .

"Sebenarnya, pemberian itu langsung tidak berkesan. Penerima bantuan terutama penyokong pembangkang, tidak berterima kasih kerana menganggap ia wang mereka. Itu duit cukai bukan wang kerajaan atau BN," katanya.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sekali gus paling lama dalam sejarah tanah air itu berkata demikian pada temu bual dalam rencana Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga menyifatkan amalan pemberian tunai itu berlawanan dengan pentadbirannya antara 1981 dan 2003.

"Sebelum ini, kerajaan memastikan persekitaran melalui kemudahan kepada masyarakat, pengendalian ekonomi, pelaburan dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat.

"Bukannya beri wang kerajaan tetapi kita sediakan ruang dan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan rakyat.

"Sekarang, kita lihat ramai graduan tidak ada pekerjaan. Mungkin rakyat berasa puas hati apabila menerima bantuan tunai tetapi ia sebenarnya tidak cukup. Ia akan habis dalam beberapa hari," katanya.

BN membuat dua pemberian tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan berjanji melalui manifesto pilihan raya untuk memberi RM1,200 kepada keluarga isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Sekalipun begitu, BN hilang lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat, hanya 133 berbanding 140 pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Kepada satu soalan berkaitan kecaman Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani terhadap Utusan Malaysia berikutan akhbar itu dilihat menyiar laporan berunsur rasis, Dr Mahathir berkata:

"Inilah jenis Melayu berkualiti rendah. Ini kerana nilai kehidupan mereka tidak tahu berterima kasih kepada Melayu lain."~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails