Monday, July 8, 2013

LIVE From Egypt.. Saksikan apa yang berlaku di Mesir sekarang..


Bagi mengelakkan Tuan-tuan dan juga Puan-puan menjadi mangsa penipuan Stesen TV Mesir yang kini dikuasai oleh perampas kuasa diakhir laporan ini disertakan link atau URL yang membolehkan anda menyaksikan apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini secara LIVE.

Semalam seluruh dunia telah ditipu oleh Stesen Televisyen yang dikawal oleh tentera Mesir...

Stesen televisyen Mesir yang dikawal kerajaan tentera didakwa berbohong kepada rakyat dan dunia apabila menyiarkan video kononnya Dataran Tahrir dipenuhi dengan jutaan penentang Dr Mohamed Morsi.

Video tersebut yang tertera pekataan 'siaran langsung' itu sebenarnya adalah rakaman video lama di Dataran Tahrir sewaktu penentangan terhadap Hosni Mubarak, dan bukan suasana semasa.

Ini kerana keadaan semasa di medan Tahrir lengang sama sekali dan yang ada hanya kumpulan perusuh upahan (baltoji) sahaja.

Stesen televisyen Al-Jazeera juga didakwa menyiarkan liputan sama yang bersumberkan video televisyen Mesir tersebut, namun penipuan tersebut didedahkan oleh seorang pemanggil.

Seorang pemanggil yang bernama puan Iman membuat panggilan dan bertanya kenapa video yang tertera "Tahrir LIVE" berlainan dengan apa yang beliau saksikan sendiri.

Pemberita Al-Jazeera menjawab, itu video semasa yang dirakam beberapa minit sebelum ini.

"Saya baru datang dari Tahrir, dataran kosong kecuali kumpulan "baltoji" sahaja," balas puan Iman tidak berpuas hati.

Akhirnya, pemberita mengaku itu bukan dari lensa Al-Jazeera tetapi diambil dari televisyen kerajaan Mesir kerana pejabat mereka telah diceroboh beberapa hari lalu.

Seorang ulama Al-Azhar Syeikh Ahmad Mahellawi turut mengulas penipuan tersebut dalam laman Facebooknya.

"Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara "langsung" tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi. 

"Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya 'menumpang' siaran tv kerajaan," katanya.

Penipuan tersebut turut ditegur agensi berita CNN Amerika yang menyiarkan kenyataan "Diminta askar Mesir hentikan penipuan.Dataran Tahrir lengang. Apa yang disiarkan sekarang adalah video lama. Para penyokong Mursi berjuta-juta memenuhi seluruh Mesir" ~ Harakahdaily


Hari ini beberapa sumber melaporkan pihak tentera dan polis yang merampas kuasa mula melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penyokong Morsi..

Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, polis menyerang penunjuk perasaan pro-Morsi yang sedang membuat bantahan sambil duduk di hadapan ibu pejabat Pengawal Republikan sebentar tadi.

SAKSIKAN!! LIVE di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails