Thursday, July 18, 2013

Lagi Berita Gembira Buat Rakyat Malaysia.. Kali ini Dari TNB pula..


Selepas menyaksikan lebih dari 1,000 AES bakal dipacak seluruh negara sebagai penghargaan buat rakyat Malaysia yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13 lalu.. Ini satu lagi berita yang menggembirakan..

Alasan bagi menaikkan tariff elektrik pada tahun 2011 ialah..

TNB membeli arang batu pada harga purata USD80 setiap tan pada suku pertama tetapi membelanjakan purata USD103.80 setiap tan pada suku kedua 2011.

Harga arang batu pada ketika itu dikatakan mencecah lebih USD120 setiap tan oleh itu TNB tidak dapat menampung kos arang batunya buat masa ini.

Maka dengan itu tariff elektrik terpaksa dinaikkan... Alasan kali ini pula ialah kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi gas pula 

Bagaimanapun seperti biasa, macai-macai UMNO dipercayai akan dikecualikan dari menanggung beban kenaikkan tarif elektrik ini..

Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini. 

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan memberi subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas. 

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB tetapi akan diputuskan oleh kerajaan. 

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang. 

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu, hari ini. 

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 

Kerajaan memberi subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik bawah RM20 sebulan dikecuali dari membayar bil. 

Moggie berkata, penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa. 

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara lebih cekap selagi mungkin, ini membantu mengurangkan sebarang kesan," katanya. 

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 diperluas kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini. 

Tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

Implikasi dari kenaikkan tarif ini ialah..

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Baayah Baba, golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif elektrik itu.
"Ini kerana kos pengeluaran oleh pengeluar akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kW/jam. Justeru, mereka terpaksa menanggung beban kos pengeluaran yang meningkat dan kemudiannya akan dipindahkan kepada pengguna".~  Sinar Harian

Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin pula berkata, beliau khuatir kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan masalah inflasi yang meningkat.
"Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menanggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas in. Kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah".

Tapi.. Kerajaan Barisan Nasional peduli apa semua itu.. asal Kroni mereka kaya raya rakyat merempat pun tak apa...

Macam biasalah.. untung mereka sapu.. rugi rakyat tanggung.. memang haram jadah!

Tak apalah.. oleh kerana tariff elektrik ni akan naik.. kita pakat-pakat ELAK GUNA ELEKTRIK KALAU TARIF ELEKTRIK NAIK.. macam Menteri Ayam cadangkan di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails