Thursday, July 18, 2013

Kisah sebenar kejadian oleh mangsa yang diculik, dipukul dan dibogelkan..


Kejadian ini awalnya telah dilaporkan oleh sebuah Blog Pro UMNO sumbernya entah dari mana tak tahulah aku, aku baca tapi aku tak berapa nak percaya cerita macai UMNO tu..

Kononnya menurut macai UMNO tu, pemuda ini telah diculik, dipukul dan dibogelkan kerana telah menghina agama Islam selain itu macai UMNO itu juga mendakwa pemuda ini punya kaitan dengan DAP.

Tak cukup dengan itu, bagi menyedapkan jalan cerita macai UMNO itu mendakwa kononnya pemuda ini telah mengaku meletakkan kepala babi dihadapan Masjid suatu masa lalu atas arahan DAP kononnya..

Oleh itu tindakan lelaki-lelaki yang menculik, memukul dan membogelkan pemuda ini disokong oleh macai-macai UMNO yang lain..

Dan mereka menganggap lelaki-lelaki menculik pemuda itu adalah pejuang Islam yang sebenar tanpa usul periksa..

Malangnya kerana sifat kurang cerdik yang telah ditanam kedalam diri mereka.. macai-macai UMNO yang lain - lain pula telah mempercayainya malah turut menghebahkannya kesegenap alam cyber..

Baca apa yang diceritakan oleh mangsa kejadian ini ...

Ng Mun Tatt dalam satu sidang media di Klang semalam mendakwa kumpulan lelaki berkenaan menconteng kata-kata tersebut di badannya untuk mengelirukan individu yang boleh membantunya. 
Ng, 21, mendakwa kumpulan lelaki tersebut memperlakukan demikian ke atasnya demikian agar beliau dilihat sebagai individu yang menghina Islam. 
Katanya, rentetan kejadian itu bermula pada kira-kira jam 4.30 pagi pada awal pagi Isnin lalu ketika beliau sedang minum bersama seorang gadis di sebuah restoran di Shah Alam. 
Katanya, dua orang lelaki kemudan bertanya kepadanya sama ada beliau adalah “Ah Keong". 
Belumpun sempat beliau menjawab, lelaki berkenaan kemudiannya mengheretnya ke dalam sebuah kereta sedan, dakwanya. 
Matanya ditutup dan beliau terpaksa duduk di lantai kereta, dakwanya. 
Sementara itu gadis berkenaan, 16, yang turut hadir dalam sidang media terbabit, berkata beliau melihat lelaki berkenaan masuk semula ke dalam restoran kira-kira 10 minit kemudian dengan tiga orang yang lain. 
Ng pula mendakwa, beliau dipukul dan kemudiannya dibawa ke satu pangsapuri. Katanya beliau dipukul lagi di apartmen berkenaan oleh kumpulan lelaki terbabit, yang didakwanya turut menggunakan batang kayu. 
Beliau seterusnya mendakwa, individu berkenaan memanggil abang iparnya dan menuntut wang tebusan berjumlah RM5,000. 
Jumlah tersebut berjaya ditawarkan kepada RM3,000 dan dirundingkan untuk disalurkan melalui akaum bank Ng. 
Ng mendakwa beliau kemudiannya tidak dapat mengingati nombor PIN bagi untuk urusniaga ATM apabila lelaki berkenaan cuba mendapatkan wang berkenaan. 
Ng mendakwa, beliau hilang ingatan akibat satu kemalangan beberapa tahun lalu. 
Drama itu berterusan apabila beliau dipukul sekali lagi, dakwa Ng, dan beliau seterusnya dibawa ke satu kawasan ladang kelapa sawit. 
Ng mendakwa, lelaki berkenaan kemudiannya memaksanya menghidu gam. 
Beliau berjaya meloloskan diri apabila kumpulan berkenaan khayal akibat menghidu gam. 
Ng mendakwa, beliau sangat kehausan sehingga terpaksa minum air longkang ketika melepaskan diri. 
Drama itu berakhir apabila beliau berjaya sampai ke satu kawasan di Lebuh Raya Duta Ulu Kelang dan diselamatkan oleh seorang penunggang motosikal, dakwanya. 
Dalam sidang media berkenaan, Ng juga menafikan bahawa penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - blogger seks yang kini disiasat pihak berkuasa atas dakwaan menghina Islam. 
Laporan media yang memetik kenyataan ketua polis negara Tan Sri Khalid Ibrahim pada hari Selasa lalu bagaimanapun menyebut sebaliknya ~ Malaysiakini

Apa nak jadi ni.. Aku ingatkan politik saja yang mempergunakan agama tapi sekarang jenayah juga bijak memanipulasi agama..

Bagaimanapun ini bukanlah cara orang Islam menghukum orang bukan Islam. Dalam sirah Rasulullah saw, baginda tidak pernah mengasari orang kafir, melainkan dalam peperangan. itupun, ia dilakukan untuk semata-mata mempertahankan diri sahaja.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails