Tuesday, July 9, 2013

Ketua Pemuda UMNO Bahagian persoal "Atas kriteria apa Najib boleh lantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji?"


Lantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru telah dipertikaikan oleh banyak pihak terutamanya dari pemimpin Pakatan Rakyat.

Rentetan dari itu menulislah seorang macai UMNO dalam sebuah portal Pro UMNO kononnya Azeez layak dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji.


Kononnya menurut macai UMNO itu "Sebenarnya jika dikaji secara mendalam, Azeez sangat layak menggalas jawatan itu berdasarkan kepada latar belakang kerja amal yang dilaksanakannya selama ini. 

"Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa Azeez adalah seorang insan yang pemurah dan sangat prihatin dalam kerja kebajikan baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Tulis macai itu lagi.. "Namun, dari coretan media sosial, nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru antaranya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Macai itu juga turut mempersoalkan apa jasa individu yang telah mempertikaikan lantikan itu.. "Boleh penulis tahu apakah jasa Mahfuz Omar dan Nurul Izzah dalam kerja amal, menjaga kebajikan rakyat serta membantu orang yang memerlukan???

"Contoh terdekat kita ambil ialah ketika pergolakan yang berlaku di Lahad Datu, siapa orang yang mula sampai untuk menghulurkan bantuan?

Itulah antara pendapat seorang macai yang cuba pertahankan lantikan Azeez itu.. mungkin dia tak tahu duit siapa yang Azeez gunakan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan itu.. Dan duit itu sudah tentulah bukannya dari kocek Azeez sendiri..

Kerana kebolehannya berfikir sehingga setakat itu sajalah yang menyebabkan dirinya terus kekal menjadi mangsa pembodohan Pemimpin UMNO..

Berikut pula adalah pendapat seorang Pemimpin UMNO yang mempersoalkan atas kriteria apa Najib boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan?

Syed Mehdhar mahu PM kaji semula perlantikan Abdul Azez sebagai Pengerusi Tabung Haji 
KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula perlantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH). 
Menurut beliau, perlantikan tersebut telah menimbulkan keresahan dan pertikaian masyarakat umum kerana kredibiliti dan intergriti Abdul Azeez dipersoalkan untuk menerajui TH sebagai sebuah institusi yang berkait dengan urusan ibadat umat Islam. 
Katanya, Perdana Menteri sewajarnya memberi keutamaan untuk melantik mana-mana pegawai kanan kerajaan yang telah bersara atau individu yang mempunyai latar belakang agama serta kredibiliti mereka dihormati oleh masyarakat khususnya orang Islam. 
“Tetapi, apabila Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH, pelbagai persoalan timbul dan ada pihak yang mempertikaikan intergriti dan kredibiliti beliau untuk menerajui lembaga tersebut,” ujarnya. 
Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuan berkata, Perdana Menteri sepatutnya mengambilkira pandangan dan teguran umum yang berpendapat adalah tidak munasabah melantik Ahli Parlimen Baling itu sebagai Pengerusi TH. 
Katanya, TH merupakan sebuah badan yang mengurus dan mengawal selia ibadat haji disamping terbabit dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang disegani dan dihormati oleh dunia Islam. 
Oleh sebab itu katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju TH tidak tersasar daripada matlamat asalnya. 
“Kita bukan ketandusan pemimpin yang berwibawa, kita ada tokoh atau mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama seperti mufti dan ilmuan, maka golongan seperti ini yang sepatutnya diberikan keutamaan bagi menjamin kewibawaan TH terus dihormati,” tambahnya. 
Pandangan itu kata beliau, bukan bermakna menidakkan kebolehan Abdul Azeez tetapi ramai yang berpendapat adalah tidak munasabah untuk beliau diberikan kepercayaan menerajui TH, sebuah lembaga yang bertanggungjawab terhadap urusan ibadat haji umat Islam di negara ini. 
Syed Mehdhar berharap Perdana Menteri akan berpegang kepada kata-kata ‘pencapaian diutamakan rakyat didahulukan’ dalam melihat semula kewajaran Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH. 
“Sekarang ini rakyat di pelbagai peringkat keliru dan hairan, atas kriteria apa Najib boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya. 
Beliau bimbang akibat daripada perlantikan Abdul Azez akan mencetuskan persepsi kurang baik rakyat terhadap pentadbiran Najib dan UMNO khususnya yang seolah-olah perlantikan individu tertentu sebagai pengerusi atau lembaga pengarah dibuat secara ‘tangkap muat’ dan hanya menjuruskan kepada kepentingan politik. 
Sepatutnya kata beliau, perlantikan tersebut perlu mengambil kira latar belakang ilmu atau profesion serta kelayakan seseorang itu bersesuaian dengan badan yang akan mereka pengerusikan bagi memastikan perlantikan tersebut tidak menjadi pertikaian orang ramai. 
“Apabila rakyat mempertikaikan perlantikan tersebut, mereka akan marahkan kepada Perdana Menteri dan UMNO menjadi sasarannya, ini yang menyebabkan mengapa rakyat menjauhkan diri daripada UMNO,” tegasnya. 
Sehubungan itu tegas Syed Mehdhar, selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuan, beliau menolak sekeras-kerasnya perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH kerana tidak memiliki intergriti dan kredibiliti. 
“Sekarang rakyat menuntut slogan ‘rakyat didahulukan’, maka saya mohon Perdana Menteri kaji semula kewajaran perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH,” ujarnya lagi ~ UMNO Cheras

Mungkin Ketua Pemuda UMNO tu tak tahu sebab apa Azeez dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji.. antara sebab yang diperkatakan ialah sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails