Sunday, July 28, 2013

Ketua Pemuda PAS Gombak nak jadi Hero tapi jahil undang-undang, dan buta politik


Sebelum itu.. Dalam hal ini untuk meletakkan kesalahan 100% kepada TG Haji Hadi adalah tidak wajar kerana beliau bercakap berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh orang-orang sekelilingnya..

Cuma silapnya TG Haji Hadi dalam hali ini ialah beliau gagal mendapatkan maklumat dari sumber lain untuk mengesahkan berita yang diterimanya itu.. mungkin faktor kekangan waktu yang menghalangnya pada masa itu..

Biasalah.. Pemimpin-pemimpin kita ni.. bila diaorang dah ketandusan isu apa saja yang kita sampaikan kepada mereka (kita disini maksudnya yang rapat dengan mereka), mereka akan cakap saja dalam ceramah..

Sama seperti maklumat yang Presiden PKR dapat semasa PRU13 lalu.. bezanya maklumat yang Presiden PKR perolehi itu disiasat dulu sumbernya dan kesahihannya..

DS Wan Azizah diberikan beberapa keping gambar yang menunjukkan puluhan buah bas diletakkan di sebuah kawasan letak kenderaan yang luas kononnya sedang menunggu pengundi hantu diturunkan di lapangan terbang untuk dihantar keseluruh Semenanjung.

Beliau menerima gambar itu semasa berada di Yayasan Aman, Penanti... secara kebetulan aku juga berada di bangunan itu pada hari itu..

Jadi diserahkannya gambar itu kepada aku dengan bangganya oleh Setiausaha PKR Permatang Pauh, minta aku draft kenyataan media bagi diadakan sidang media mengenai gambar itu..

Seperti orang mengantuk disurungkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang... he.. he.. he.. memang aku suka sangat nak buat kerja belasah UMNO/BN tu..

Walaupun begitu aku tak terus menyerbu membabi buta.. aku cari dulu sumber asal gambar tu..

Hasil cariannya didapati gambar tersebut bukanlah dirakamkan di dalam Malaysia tapi diluar negara..

Bila Presiden tanya "Mana Press Statement nya?"..

Jawab aku.. "Press Statement apa bendanya.. gambar tu bukan dirakan dalam Malaysia tapi di US pada tahun 1992 dulu...."

Ha.. nasib baik aku tak bedal terus UMNO hari tu.. kalau tak mungkin Presiden aku pun kena saman dengan UMNO/BN pasal fitnah..

Itu pasal Presiden PKR dan aku.. ini pula adalah kenyataan balas Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyatan Ketua Pemuda PAS Gombak

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat.

Malah, Ketua Pemuda Gombak dilihat cuba untuk mengheret sama para Peguam Pas dalam kenyataan beliau termasuk JUHAM secara langsung apabila beliau menyatakan "Saya ternanti-nanti dan menunggu respons daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS".

JUHAM ingin menasihati Ketua Pemuda Gombak agar merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum memberikan komen sebegini agar tidak dilihat gopoh dan jahil undang-undang.

Timbalan Ketua Pemuda iaitu YB Nik Mohamad Abduh sendiri telah menasihatkan pemuda agar tidak gopoh.

Namun, Ketua Pemuda Gombak nampaknya telah ingkar dengan saranan Timbalan Ketua Pemuda beliau sendiri.

Kenyataan jahil undang-undang sebegini tidak akan timbul jika beliau lebih berhati-hati dalam memberikan komen sebegini.

Apatah lagi, Ketua Penerangan di kawasan beliau sendiri adalah graduan undang-undang.

Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya lebih selesa untuk berlagak seperti hero membela Presiden.

Lebih-lebih lagi tatkala PAS akan berhadapan pemilihan pimpinan pada muktamar tidak lama lagi.

Dalam soal saman fitnah, unsur ugutan untuk menyaman langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada undang-undang.

Malah, unsur ugutan seperti ini lazimnya tidak akan timbul sekiranya orang yang ingin menyaman itu benar-benar mempunyai keinginan untuk memfailkan saman.

Sekiranya saudara Shamsul benar-benar ingin memfailkan saman, sudah lama saman itu difailkan. Malah, saudara Shamsul juga langsung tidak memberikan sebarang notis tuntutan kepada Presiden.

Justeru, adalah suatu tindakan yang tidak cerdik dan membuang masa untuk JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS menjawab kepada sesuatu kenyataan yang tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

Jila dilihat kepada kenyataan ugutan itu, ia timbul secara tiba-tiba tatkala kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut semakin memuncak.

Maka sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bermotifkan politik semata-mata.

Jadi, hanya mereka yang buta politik sahaja akan bersikap gopoh dan melompat terkinja-kinja untuk melayan kenyataan politik sedemikian.

Apatah lagi, melayan kenyataan politik sedemikian hanya akan memberikan bola tanggung kepada Barisan Nasional untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Adalah diingatkan bahawa sekiranya benar saman fitnah difailkan terhadap Presiden, Ketua Pemuda Gombak tidak perlu khuatir kerana JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS secara pantas akan membela serta mewakili Presiden tanpa perlu diarah dan dipaksa.

Track record para peguam PAS telah pun membuktikannya.

Malah, JUHAM amat menanti-nantikan Saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan Saman tersebut.

Maka biarlah rakyat melihat dan menilai siapakah individu yang berselindung di belakang nama Presiden dalam memberikan maklumat sedemikian tatkala semua jari menunding kepada Presiden seorang diri apabila timbulnya isu calon pil kuda tersebut.

Perlu diingat bahawa JUHAM hanya akan memberikan respon kepada sesuatu isu undang-undang yang mempunyai merit di sisi undang-undang dan berlandaskan fakta, bukannya melayan karenah politik murahan sebegini.

Oleh itu, jika Ketua Pemuda Gombak ingin terus dilihat sebagai hero, silakanlah dengan segala hormatnya.

Namun, janganlah diheret sama JUHAM, Lajnah Undang-undang serta peguam PAS dalam karenah politik sebegini.

Ini kerana JUHAM tidak berminat dengan politik murahan menjelang pemilihan nanti tatkala pihak JUHAM sedang sibuk dengan pelbagai isu undang-undang yang lain terutamanya Petisyen Pilihan Raya yang sedang rancak berjalan di seluruh negara.

JUHAM dan para peguam PAS sudah lali dan sudah terbiasa dengan rasa tidak dihargai atas segala keringat yang kami curahkan walaupun tenaga serta harta kami dilaburkan tanpa henti.

Semuanya kerana Islam, PAS serta Presiden yang kami sayangi. Para peguam PAS tidak terbiasa dengan kenyataan bersifat "membodek" untuk mempamerkan rasa cinta kami kepada Presiden.

Hanya tenaga serta harta yang kami curahkan menjadi saksi di hadapan Allah SWT.


Noorazmir Zakaria
Ketua unit

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails