Thursday, July 4, 2013

Kaya rayalah kroni yang dapat projek 'Sistem e-plat' ni..


Ini adalah sebahagian dari laporan Bernama tentang cadangan perlaksanaan pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat..

Bagi membendung kejadian curi kenderaan yang semakin berleluasa, pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat akan dicadang semula kepada pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelaksanaan kaedah itu mampu mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran pada semua jenis kenderaan.

"Dengan adanya e-plat ini, kita dapat mengesan penjenayah yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain dapat mengelak kenderaan daripada dicuri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siputbaru-baru ini.

Beliau berkata kaedah itu dicadang semula memandangkan banyak negara luar menggunakannya dan terbukti mampu mencegah serta mengesan kejadian jenayah, termasuk curi kenderaan.

Sistem e-plat, yang menggunakan teknologi mikrocip atau Radio Frequency Identification (RFID), diguna pakai di beberapa negara maju seperti Perancis dan Australia ~ Bernama

Benda ni pernah dicadangkan suatu masa yang lalu, tujuannya baik tapi jika dikatakan untuk mengelak kenderaan dari dicuri tu aku tak nampakpun macam mana e-plat tu boleh dan mampu menghalangnya..

Rasionalnya apa perlaksanaan e-plet ini?

Pada tahun 2010 yang lalu, seorang Blogger Pro UMNO yang prihatin akan beban yang bakal ditanggung oleh rakyat dengan perlaksanaan ini telah mendedahkan..

Ini sebahagian dari artikel berkenaan perkara ini..

Nampak advance.. Plate Nombor kereta bermicrochip.. tapi akhirnya mungkin akan menjadi seperti kad pengenalan yang bermicrochip kita itu… berapa ramai penguatkuasa yang dibekalkan dengan ‘Card Reader’ untuk membaca apa yang terkandung didalam microchip itu?

Sumber juga mengatakan pengeluaran Nombor Plate Bermicrochip ini akan diserahkan kepada dua syarikat baru.. yang sudah pastinya syarikat yang dikuasai oleh kroni mereka UMNO/BN… kerana tiada sebarang tender terbuka yang telah dijalankan..

Harga bagi setiap nombor plate yang dikeluarkan itu ialah sekitar RM150.00 dan cuba anda kira berapakah perolehannya atau keuntungannya jika kita letakkan kadar keuntungannya ialah 50% dari hasil jualan.. 50% itu adalah peratusan paling rendah aku letak, kerana biasanya kroni-kroni UMNO/BN ini akan ‘mark-up’ melebihi 50% malah ada yang mencecah 100%..

Cuma turunkan tandatangan saja..

Di Malaysia terdapat lebih kurang 20 Juta kenderaan berdaftar ini termasuk Bas, Lori, Motorsikal dan sebagainya yang membayar cukai jalan.. dengan kadar RM150 bagi setiap plate nombor itu berapakah keuntungannya..

20 Juta Kenderaan x RM150.00 = RM3 Billion sahaja dan 50% dari RM3 Billion itu berapa wahai sahabat-sahabatku???

Sumber info dan untuk maklumat yang lebih lengkap sila lihat di Blog  OutSyed The Box

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails