Monday, July 1, 2013

Idris Jusoh dedahkan sebab PAS tetap tak boleh perintah Terengganu walaupun menang PRK


Kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood baru-baru ini, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada Sultan.

“Kalau berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat. Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan,” katanya ~ sepenuhnya sila baca di SINI

Umum mengetahui dalam DUN Terengganu terdapat 32 Kerusi, 17 dikuasai BN dan 15 dikuasai PR setelah PRU13 berlangsung.

Tetapi tiba-tiba Idris Jusoh mengatakan BN memiliki 18 Kerusi dalam DUN Terengganu iaitu termasuk kerusi Speaker.

Sedangkan Speaker DUN Terengganu bukanlah ADUN, beliau adalah bekas calon Parlimen Kuala Terengganu yang kalah baru-baru ini.. macam mana Derih boleh kata macam tu entahlah..

BESUT - Pas tidak akan boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu menang dalam Pilihan raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan. 
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelebihan satu kerusi speaker menghalang Pas memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang. 
Menurutnya, sekarang BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau mereka menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17. 
“Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang. Justeru, rakyat perlu terus mengundi BN kerana rakyat akan mendapat manfaat yang besar,” katanya selepas Taklimat Khas PRK Dun Kuala Besut di Damai Beach Resort dekat Kampung Raja, semalam. 
Hadir sama, kepimpinan parti peringkat negeri dan bahagian Besut. Idris berkata, Umno sedang menyusun pelbagai strategi dan gerak kerja semua peringkat termasuk bantuan pusat untuk menghadapi PRK kali ini.

Beliau berkata, beberapa cadangan calon BN tempatan telah disenaraikan dan senarai akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon. 
“Kita akan mencari calon tempatan yang disenangi dan disukai oleh rakyat kerana calon yang disukai rakyat akan memberi lebih kemenangan,” katanya ~ Sinar Harian

Speaker sepatutnya berkecuali tetapi oleh kerana jika berkecuali itu merugikan UMNO dan mungkin akan menyebabkan dirinya juga yang rugi maka jangan haraplah dia nak berkecuali..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails